|
Program Kerjasama Antarabangsa "Asean-Japan Human Resources Development (HRD) For CLMV" |
|
|
|
Berita -
Berita Semasa
|
CIAST akan menganjurkan Program Kerjasama Antarabangsa "Asean-Japan Human Resources Development (HRD) for CLMV" anjuran bersama Ministry of Health, Labour and Welfare (MHLW) Japan, The Association for Overseas Technical Scholarship (AOTS) Japan dan Ministry of Human Resources (MoHR) Malaysia dari 2 – 4 Ogos 2010 di CIAST. Tujuan program kerjasama ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dari negara CLMV (Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam) dalam mengukuhkan asas pembangunan sumber manusia di negara tersebut. Bilangan peserta adalah seramai 11 orang termasuk 2 pemerhati dari Jepun dan 1 pemerhati dari Malaysia. Majlis Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Y.Bhg Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah JPK pada 2 Ogos 2010.
To all the participant... Selamat Datang / Welcome to CIAST.
|