SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (SKMT3 DENGAN VTO)
OBJEKTIF KURSUS :
Program Latihan ini adalah bertujuan memberi peluang kepada graduan yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 untuk menyambung pengajian ke Tahap 3 ( di dalam bidang tertentu ) dan seterusnya menjadi pengajar berketerampilan sebagaimana keperluan dalam AKTA 652 (NASDA).
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
- Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 1 Tahun 9 Bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 3) selama 1 Tahun dan Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) selama 9 bulan ( Methodology Vokasional selama 3 bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan ).
- Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 dan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
JANGKA MASA LATIHAN : 
KELAYAKAN MASUK :
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun. 2. (a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan (b) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan. PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
|