Peraturan dan Polisi Forum CIAST
Objektif peraturan dan polisi Forum CIAST ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA pengguna forum dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.
A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di forum Peraturan dan Polisi dan juga Pengumuman.
Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Tajuk seperti “
tolonglah aku…”, “
aku nak carik kerja…”, “
hmmm…” dan lain-lain yang bersamaan adalah ditegah. Tolong cari tajuk yang bersesuaian.
Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.
Topik baru hendaklah dibuka di dalam forum yang berkaitan dan berkenaan. Contoh topik berkaitan permasalahan tidak boleh diletak di dalam forum cadangan. Topik berkaitan pertanyaan tidak boleh diletak di dalam forum permasalahan dan seterusnya.
Topik yang mempunyai agenda
skim cepat kaya atau
sistem piramid adalah sama sekali dilarang.
Topik yang mengandungi
bahan lucah dilarang.
Topik yang mengandungi bahan daripada
forwarded email adalah tidak digalakkan.
Topik yang berkaitan dengan
piracy atau
warez atau
crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.
Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam forum CIAST bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali. Caranya, klik pada link Carian atau buka url berikut:
http://www.ciast.gov.my/forums/index.php?action=searchB. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum kecuali forum Peraturan dan Polisi dan juga Pengumuman.
Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “
Hmmm…”, “
Ntahle…” atau yang mengandungi similies sahaja adalah ditegah. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.
C. Etika dan Tatasusila
Setiap pengguna forum adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati.
Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan.
Provokasi di antara ahli juga ditegah.
H. Penyalahgunaan atau abuse
Laporkan sebarang penyalahgunaan di dalam forum ke
webmaster@ciast.gov.myAkhir kata, jika kita masuk rumah orang hendaklah kita hormati tuan rumah dan ahli rumah. Hatta tuan rumah itu kawan baik kita sekali. Setiap rumah mempunyai peraturan atau tatacara tersendiri yang mungkin berlainan dari rumah anda.
Sekian.
Forum CIAST