Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) merupakan Satu kumpulan data yang mengandungi senarai Pakar Industri (PIND) dan Pakar Pengajar (PAJAR) yang diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Tujuan DPIN adalah untuk mendaftar dan memperakukan individu (personel) yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam sektor industri mengikut kriteria tertentu. Justeru, personal yang berdaftar dalam DPIN, layak memohon serta memainkan peranan dalam pelbagai kategori jawatan yang bersesuaian dalam memastikan kualiti kemahiran lebih terjamin.
I. Warganegara atau permastautin tetap ;
II. Pengamal dalam bidang dengan pengalaman sekurang – kurangnya sepuluh (10) tahun.
Tidak boleh.
Seorang itu dipilih berdasarkan kriteria umum dan tambahan dipenuhi. Keputusan ini dibuat oleh satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal II (JKT II) yang dipengerusikan oleh KPPK dan di ahli-ahlinya yang terdiri daripada Pengarah-pengarah bahagian Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Antara kebaikkan pengiktirafan ini diberi kepada individu adalah untuk:
- Diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai Pakar Industri Negara dalam bidang yang dimiliki.
- Diiktiraf sebagai Pakar Rujuk dalam bidang kepakaran masing-masing dan dilibatkan dalam perbincangan dan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
- Peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang berkaitan agenda Mengarus perdanakan Latihan Kemahiran Negara.
- Mewujudkan jaringan kerja antara pihak Industri dengan pihak kerajaan.
Sila rujuk laman web CIAST di pautan DPIN atau hubungi Unit Pentauliahan Personel & Pakar di talian 03-5543 8319 / 5543 8303 / 5543 8307 / 5543 8301 / 5543 8312/ 5543 8304 / 5543 8310
(link:Â https://www.ciast.gov.my/v4/index.php/perkhidmatan/dpin)