PANDUAN SYARAT KEMASUKAN KE CIAST SESI SEPTEMBER 2019

pautan pantas
  1. Permohonan adalah PERCUMA dan dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian SAHAJA
  2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Julai 2019 (Isnin) jam 8.00 pagi.

Syarat Am Kemasukan:

  1. Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
  2. Lulus SPM atau SVM dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas).
  3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  4. Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

 Syarat-syarat Tambahan:

  1. a) Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing
  2. b) Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

Syarat Khas Program:

 

KURSUS SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL
OBJEKTIF KURSUS :Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu :
“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”

 

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
Pelaksanaan kursus adalah 3 ½ bulan teori (Methodology) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S).

·   Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3  daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bil Kod/ Nama Kursus/ Tempoh Latihan/ Pusat Latihan Syarat Khas Program
1  I-031-3:2014SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)

Tempoh Pengajian : 9 ½ bulan

Pusat Latihan:

1.       Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

2.       Kampus Satelit CIAST ILP Marang

3.       Kampus Satelit CIAST ILP Selandar

4.       Kampus Satelit CIAST ILP Sandakan

5.       Kampus Satelit CIAST ADTEC Taiping

6.       Kampus Satelit CIAST ADTEC Bintulu

7.       Kampus Satelit CIAST ADTEC Jerantut

8.       Kampus Satelit CIAST ADTEC Batu Pahat

9.       Kampus Satelit CIAST ADTEC Melaka

10.   Kampus Satelit CIAST ILP Kepala Batas

11.   Kampus Satelit CIAST ILP Kota Bharu

12.   Kampus Satelit CIAST IKBN Kuala Langat

13.   Kolej Pertanian Bukit Tangga (NATC)

14.   Institut Pendidikan Guru (IPG)

Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:i.      Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau

ii.     Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau

iii.   Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).


MOHON KURSUS SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (DKM+VTO)
 OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu :
“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”

 

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

·   Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 2 tahun 1/2 bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 selama 1 tahun 3 bulan ( Subjek Teras 1 tahun dan Latihan Industri  selama 3 bulan) dan Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) selama 9 ½ bulan ( Methodology Vokasional selama 3 ½ bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan ).

·   Graduan akan dianugerahkan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA dan  SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bil Kod/ Nama Kursus/ Tempoh Latihan/ Pusat Latihan Syarat Khas Program
1.  IT-020-4:2013DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

(TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER)

Tempoh Pengajian : 2 tahun

Pusat Latihan:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam bidang berikut:·   IT-020-3:2013 Operasi Sistem Komputer
2.  EE-021-4:2012DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

(TEKNOLOGI ELEKTRONIK)

Tempoh Pengajian : 2 tahun

Pusat Latihan:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam salah satu bidang berikut:·   E-011-3 Juruteknik Kanan Elektronik Industri

·   EE-021-3:2012 Troubleshooting Pembaikplihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik

3.  MC-024-4:2012DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

(TEKNOLOGI KIMPALAN)

Tempoh Pengajian : 2 tahun

Pusat Latihan:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam salah satu bidang berikut:·   MC-060-3:2012 Pemeriksaan Kimpalan

·   H-021-3 Juruteknik Kimpalan Logam Tanpa Ferus

·   MC-028-3:2014 Proses Gabungan Kimpalan Arka GasTungsten & Kepingan Logam

·   MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam

·   MC-025-3:2012 Proses Kimpalan Gas Logam

·   MC-026-3:2012 Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten

·   MC-027-3:2012 Proses Kimpalan Arka Berteras Logam

4.  MC-091-4:2016DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

(TEKNOLOGI MEKATRONIK)

Tempoh Pengajian : 2 tahun

Pusat Latihan:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam salah satu bidang berikut:·   MC-091-3:2016 Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri

·   MC-091-3:2013 Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan Automasi Industri

  •  H-176-3 Juruteknik Automasi Senior
  •  H-170-3 Juruteknik Automasi Senior
5. MC-050-4:2012  DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

(TEKNOLOGI PEMBUATAN)

Tempoh Pengajian : 2 tahun

Pusat Latihan:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam bidang berikut:·   MC-050-3:2015 Operasi Pemesinan
6 G452-002-4:2017DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL

(TEKNOLOGI AUTOMOTIF)

Tempoh Pengajian : 2 tahun

Pusat Latihan:

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

 

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (3) dalam salah satu bidang berikut:·   G452-001-3:2017 Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik

·   TP-300-3:2012 Sales Services

·   TP-300-3:2016 Servis Diagnostik- sistem roda dan Sistem gantungan

·   TP-306-3:2012 Penyemburan Cat Automotif

·   TP-110-3 Penasihat Tuntutan Kenderaan Kemalangan

·   TP-311-3:2013 Pengetukan Panel Kenderaan

·   TP-100-3:2013 Penyelenggaraan Jentera Tolak Tanah

·   C331-004-3:2017 Penyelenggaraan & Baikpulih Jentera Kecil Dan Peralatan Pertanian


MOHON KURSUS DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (DKM+VTO)