VTO

SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)

OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu :
“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
Pelaksanaan kursus adalah 3 ½ bulan teori (Methodology) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S).
Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3  daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

JANGKA MASA LATIHAN :

9½ Bulan

SYARAT KEMASUKAN:

a) Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun

b) Lulus SPM atau SVM dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas).

c) Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:

d) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau

e)Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau

f) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

g)Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

h)Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

a) Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing

b) Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

PELUANG PEKERJAAN  :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai Tenaga Pengajar Vokasional di pusat- pusat Bertauliah JPK.