Text Size
         |  BM | ENG  |
Rabu, 28 June 2017
Rabu, 03 Syawwal 1438

PENGENALAN CUDBAS

 

1.  PENGENALAN ASAS CUDBAS

CUDBAS adalah singkatan dari “Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure” yang telah dibangunkan oleh Prof. Dr. Kazuo Mori pada tahun 1990.

CUDBAS memberi perspektif yang lebih jelas berkenaan pengetahuan, kecekapan dan sikap pekerja dalam melakukan tugasan. CUDBAS juga membantu organisasi mengenalpasti dan memperkemas proses kerja, mengurangkan kos latihan, dan meningkatkan kualiti kepakaran pekerja serta mengurangkan pembaziran pengeluaran yang disebabkan oleh kesilapan manusia.

Kursus pembangunan asas CUDBAS dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah membangunkan kurikulum latihan yang diperkenalkan di negara Jepun yang melibatkan empat peringkat, iaitu CUDBAS Chart, Short Term Training Schedule, Ability Mapdan Education Plan.

 

2. OBJEKTIF KURSUS ASAS CUDBAS

a.      Memperkenal dan mempromosikanCommunity Employment Support Service (CESS) dan CUDBAS

b.      Mempraktik kaedah CUDBAS untuk menghasilkan produk CUDBAS menggunakan manual.

c.      Memberi pendedahan tentang Company Support

3. KEMUDAHAN KURSUS

Kemudahan kursus yang disediakan ialah penginapan dan makan/minum sepanjang kursus berlangsung. Tuntutan elaun perjalanan pergi dan balik dari jabatan/agensi/tempat kediaman ke tempat kursus hanya disediakan untuk kakitangan awam sahaja dan tuntutan tersebut hendaklah dikemukakan ke CIAST selewat-lewatnya pada 5 haribulan bulan berikutnya.

 

 

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:

1. En. Hairul Nizzat Bin Bahrin          This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. En. Ahmad Jefri Bin Sabri             This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3. Pn. Sharida Mohd. Sharif              This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4. En. Azhar bin Abidin                     This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5. En. Mohd Zahiri bin Salleh            This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6. Pn. Norsyawaliza binti Md Nasir   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

7. Pn. Nor Salfaiza binti Fadzil          This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

No. Faks: 03-5543 8397 / 8274

 

MUAT TURUN DOKUMEN YANG BERKAITAN: