Text Size
         |  BM | ENG  |
Isnin, 18 December 2017
Isnin, 29 Rabi'ul-Awwal 1439

KURSUS KEMAHIRAN FASILITATOR 2017
NOSS/WIM/SOALAN/CUDBAS

 

PENGENALAN


Kursus Kemahiran Fasilitator merupakan satu program yang dibangunkan khusus kepada bakal Fasilitator Pembangunan NOSS, WIM dan Soalan serta CUDBAS Leader yang ditawarkan kepada wakil industri atau syarikat, pusat bertauliah (PB) dan Industry Lead Body (ILB). Kursus ini bertujuan untuk membantu dan memantapkan fasilitator yang berupaya menghasilkan kurikulum latihan NOSS yang berkualiti bagi mencapai standard pekerjaan yang memenuhi keperluan industri negara. Kandungan kursus ini memberi penekanan kepada para peserta mengenai teknik-teknik memudahcara yang perlu digunapakai oleh fasilitator untuk membangunkan NOSS/WIM/Soalan dan kurikulum latihan (CUDBAS) yang berkualiti.
 

KANDUNGAN KURSUS


1. Introduction to Facilitation
2. The Roles of a Facilitator
3. Core Facilitation Skills
4. Application of Facilitation Techniques

 

OBJEKTIF KURSUS

 

  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam teknik-teknik memudahcara yang mana keupayaan fasilitator dalam mengendalikan sesi bengkel pembangunan atau perbincangan menjadi lebih efektif.
  2. Memantapkan keyakinan fasilitator dalam menggunapakai pendekatan memudahcara didalam proses interaksi antara ahli kumpulan atau panel pembangun.
  3. Membangunkan kemahiran tenaga pengajar untuk melatih fasilitator-fasilitator dari agensi awam, pusat bertauliuah dan industri dengan tujuan membangunkan NOSS/WIM/Soalan dan kurikulum latihan (CUDBAS) yang berkualiti.
 

KEMUDAHAN


Kursus ini adalah percuma. Penginapan dan makan minum disediakan. Kursus akan dijalankan di Institut Latihan Awam (ILA)/1MTC seperti CIAST/ADTEC/Institut Pendidikan Guru dengan menggunakan fasiliti penginapan dan kemudahan bilik kuliah sedia ada.
 

PERSIJILAN FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALAN & CUDBAS LEADER


a) Syarat utama untuk dipersijilkan sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM) / WIM / Soalan adalah dengan memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Menghadiri Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) / WIM /Soalan,
2. Menjalani Latihan Sangkutan Fasilitator (LSF), dan
3. Menghadiri Kursus Kemahiran Fasilitator.
 
b) Bagi tujuan dipersijilkan sebagai CUDBAS Leader calon fasilitator perlu memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Menghadiri Kursus Asas CUDBAS,
2. Menghadiri Kursus Lanjutan CUDBAS,
3. Pembentangan Kertas Kerja Dalam Seminar CUDBAS, dan
4. Menghadiri Kursus Kemahiran Fasilitator.
 
Setelah mengikuti dan lulus semua syarat tersebut, calon akan dipersijilkan oleh CIAST/JPK sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM)/WIM/Soalan dan CUDBAS Leader. Selanjutnya mereka berkelayakan untuk mengendalikan sesi Pembangunan NOSS, WIM, Soalan atau CUDBAS.
 

TARIKH CADANGAN KURSUS


Siri 1      Zon Tengah        22-26 Mei 2017
Siri 2      Zon Tengah        17-21 Julai 2017
 

MUAT TURUN

  • Borang Permohonan Kursus (   /  )
 
 

HUBUNGI KAMI

(T) 03-5543 8200   (F) 03-5543  8274   (e-MEL ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Nama Pegawai Samb e-Mel (@ciast.gov.my)
En. Salim bin Amil  8299
salim
 
En. Mohd Yusri bin Pardi  8275
myusri
 
En. Zamri bin Nawi  8299
zamri
 
Pn. Mahani binti Mokhtar  8286
mahani
 
En. Mohd Ozahir bin Mat Palal  8286
ozahir
 
En. Sarizal bin Md Ani  8285
sarizal
(Penyelaras LSF NOSS/Soalan)

 
Pn. Rozita binti Ismail  8262
rozita
(Penyelaras LSF WIM)

 
Pn. Rogayah binti Supian  8275
rogayah
(Penyelaras Kursus Kemahiran Fasilitator)

 
En. Mohd Khalid bin Aman  8261
mkhalid
(Ketua Penyelaras Kursus Kemahiran Fasilitator)

 
Pn. Marsita binti Abdul Kadir  8288
marsita
(Ketua Unit Pembangunan Fasilitator)