Text Size
         |  BM | ENG  |
Isnin, 27 March 2017
Isnin, 28 Jamadil-Akhir 1438
KURSUS PEMBANGUNAN SOALAN LATIHAN KEMAHIRAN 2017

 

PENGENALAN

Kursus Pembangunan Soalan Latihan Kemahiran merupakan latihan dan pengetahuan yang diberikan kepada Personel Pentauliahan JPK yang bertujuan untuk menyokong serta membantu pembangunan NOSS yang mantap. Kandungan kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik dan tatacara pembangunan soalan yang memenuhi keperluan unit kompetensi dalam dokumen NOSS. Oleh yang demikian diharapkan pemahaman di kalangan personel pusat bertauliah akan meningkat dan penilaian yang dilakukan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan sejajar dengan transformasi NOSS yang telah diperkenalkan.
 

 

KANDUNGAN KURSUS


1. Pengenalan CIAST dan JPK
2. Penilaian
3. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
4. Soalan Penilaian Pengetahuan (Objektif dan Subjektif)
5. Soalan Penilaian Prestasi

 

KUMPULAN SASARAN

Terbuka dikalangan Pegawai Penilai (PP) lantikan JPK yang terlibat dalam latihan di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta serta TELAH mengikuti Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM).
 

 

KEMUDAHAN

Kursus ini adalah percuma. Penginapan dan makan minum disediakan. Kursus akan dijalankan di Institut Latihan Awam (ILA)/1MTC seperti CIAST/ADTEC/Institut Pendidikan Guru dengan menggunakan fasiliti penginapan dan kemudahan bilik kuliah sedia ada.
 

PERSIJILAN FASILITATOR PEMBANGUNAN SOALAN

Peserta yang telah menjalani kursus dengan jayanya dan berkelayakan adalah digalakkan untuk menjadi Fasilitator, boleh membuat permohonan melalui CIAST bagi menjalani Latihan Sangkutan Fasilitator (LSF) dan Kursus Kemahiran Fasilitator.

 

MUAT TURUN

 

HUBUNGI KAMI

  (T) 03-5543 8200   (F) 03-5543  8274   (e-MEL) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama Pegawai Samb e-Mel (@ciast.gov.my)
En. Salim bin Amil  8299
salim
 
En. Mohd Yusri bin Pardi  8275
myusri
 
En. Zamri bin Nawi  8299
zamri
 
Pn. Mahani binti Mokhtar  8286
mahani
 
En. Mohd Ozahir bin Mat Palal  8286
ozahir
 
Pn. Rozita binti Ismail  8262
rozita
En. Sarizal bin Md Ani  8285
sarizal (Penyelaras LSF Soalan)
 
En. Mohd Khalid bin Aman  8261
mkhalid (Ketua Penyelaras Kursus Kemahiran Fasilitator)
 
Pn. Marsita binti Abdul Kadir  8288
marsita (Ketua Unit Pembangunan Fasilitator)