Text Size
         |  BM | ENG  |
Jumaat, 24 February 2017
Jumaat, 27 Jamadil-Awwal 1438
DIREKTORI FASILITATOR
 
Selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang Tahun 2020 maka Malaysia amat memerlukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang berkualiti sebagai panduan ketrampilan untuk digunapakai oleh pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan. Oleh yang demikian, kepakaran fasilitator dalam pembangunan NOSS serta Bahan Pengajaran dan Penilaian dengan menggunakan kaedah DESCUM (Developing a Standard and Curriculum) amat diperlukan oleh negara kerana mereka bukan sahaja berperanan untuk membangunkan dan meningkatkan lagi tahap kemahiran malah memperkukuh dan menambahbaik metodologi pengajaran latihan kemahiran di Malaysia. Sehubungan dengan itu, CIAST telah melaksanakan Program Pembangunan Fasilitator NOSS (DESCUM) dan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) mulai Tahun 2011. Manakala Program Pembangunan Fasilitator Soalan Latihan Kemahiran dilaksana bermula Tahun 2016. Melalui persijilan Fasilitator NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan, CIAST mengiktiraf kepakaran personel yang berjaya dalam sesi penilaian yang dilaksanakan sepanjang proses persijilan. Oleh yang demikian, Direktori Fasilitator NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan disediakan untuk memberi maklumat berkaitan kepada personel yang terlibat iaitu calon fasilitator, pegawai firma (syarikat pembangun NOSS), Badan Peneraju Industri (ILB), pegawai lawatan fasilitator, penyelaras latihan sangkutan fasilitator, Bahagian NOSS dan Bahagian Kerjasama Strategik (BKS) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
Prosedur Persijilan Fasilitator NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan dilaksanakan merujuk kepada Rajah 1. Peserta (calon fasilitator) perlu terlebih dahulu mengikuti Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan Latihan Kemahiran dengan jayanya. Selanjutnya peserta yang berkelayakan dikehendaki mengikuti Latihan Sangkutan Fasilitator (LSF) di firma pembangun NOSS (JPK/ILB/Vendor). Di sini peserta akan menerima pendedahan pembangunan NOSS, WIM dan Soalan yang sebenar secara terancang dan diselia oleh pegawai firma yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan NOSS, WIM dan Soalan berkenaan. Sepanjang program tersebut prestasi peserta akan dinilai oleh pegawai firma dan pegawai lawatan fasilitator (CIAST). Seterusnya bagi melengkapkan syarat persijilan Fasilitator NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan peserta perlu mengikuti Kursus Kemahiran Fasilitator anjuran CIAST. Kursus berkenaan dilaksanakan bagi memantapkan keyakinan fasilitator dalam menggunapakai pendekatan memudahcara didalam proses interaksi antara ahli kumpulan dan panel pembangun. Sepanjang tempoh kursus tersebut prestasi calon fasilitator akan dipantau dan dinilai. Peserta yang berjaya dalam setiap sesi penilaian kemudian akan dipersijilkan sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan oleh CIAST. Selanjutnya fasilitator berkenaan berkelayakan untuk mengendalikan sesi pembangunan NOSS atau WIM atau Soalan dibawah penyeliaan JPK.
 
 


 
Rajah 1: Carta Alir Persijilan Fasilitator NOSS (DESCUM), WIM dan Soalan

 
Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure (CUDBAS) pula ialah satu kaedah untuk membangunkan kurikulum latihan jangka pendek, kaedah analisa pekerjaan dan juga perancangan latihan yang paling efektif dipraktikkan dalam latihan kemahiran dan industri. Ia merupakan pendekatan baru dalam pembangunan kurikulum latihan kemahiran yang selaras dengan kehendak industri dan teknologi terkini yang terdiri daripada empat peringkat iaitu CUDBAS Chart, Formulate a Training Program, Ability Map dan Training Education Plan. Peserta yang berminat untuk menjadi CUDBAS Leader perlu mengikuti Kursus Pembangunan Asas CUDBAS diikuti dengan Kursus Pembangunan Lanjutan CUDBAS seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Sepanjang tempoh kursus berkenaan calon CUDBAS Leader akan dipantau dan dinilai melalui ujian bertulis, lisan dan latihan amali. Bagi memantapkan lagi calon CUDBAS Leader mereka juga perlu mengikuti Kursus Kemahiran Fasilitator dan melibatkan diri dalam seminar CUDBAS. Peserta yang berjaya kemudian akan dipersijilkan sebagai CUDBAS Leader oleh CIAST. Direktori CUDBAS Leader turut disediakan untuk memberi maklumat berkaitan kepada agensi-agensi yang terlibat.
 
 
 
Rajah 2: Carta Alir Persijilan CUDBAS Leader
 
 
DIREKTORI FASILITATOR TAHUN 2016
1Fasilitator NOSS (DESCUM)
2. 
 Fasilitator WIM
3.
   Fasilitator Soalan
4.  CUBDAS Leader
 
 
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:
 
BIL NAMA PEGAWAI NO. TELEFON EMAIL
1 Pn. Marsita Binti Abdul Kadir
Ketua Unit Pembangunan Fasilitator (Fasilitator NOSS/WIM/Soalan)
03-5543 8288 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2 En. Hairul Nizzat Bin Bahrin
Ketua Unit Pembangunan Profail Pengajar Kemahiran (CUDBAS Leader)
03-5543 8280 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
3 En. Mohd Khalid Bin Aman
Ketua Penyelaras Kursus Kemahiran Fasilitator
03-5543 8354 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4 En. Sarizal Bin Md Ani
Penyelaras Latihan Sangkutan Fasilitator (NOSS/Soalan)
03-5543 8285 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5 Pn. Rozita Binti Ismail
Penyelaras Latihan Sangkutan Fasilitator (WIM)
03-5543 8314 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.