Text Size
         |  BM | ENG  |
Selasa, 23 January 2018
Selasa, 06 Jamadil-Awwal 1439

Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Vokasional di peringkat antarabangsa, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 2 Disember 2005 telah meluluskan cadangan mengembangkan program-program latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, dengan matlamat mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) yang berkualiti, di bawah Entry Point Project 5 (EPP5), Kerajaan telah mensasarkan peningkatan bilangan pelajar asing yang akan mengikuti SPKM.

Untuk mengembangkan latihan kemahiran di peringkat antarabangsa, JPK memperkenalkan program kerjasama di antara Pusat Bertauliah (PB) dalam negara dengan Penyedia Latihan Kemahiran luar negara. Sehubungan dengan itu, Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia akan diberikan kepada personel pentauliahan Penyedia Latihan Kemahiran Luar Negara bagi memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan sekaligus memenuhi syarat-syarat pentauliahan.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2013 di SINI