Text Size
         |  BM | ENG  |
Sabtu, 23 September 2017
Sabtu, 02 Muharram 1439

MAKLUMAN DIREKTORI PAKAR INDUSTRI NEGARA (DPIN)

  1.  DPIN sedang mengemaskini maklumat PIND dan PAJAR yang telah diperakukan sebelum tahun 2014. Mohon kerjasama semua PIND dan PAJAR untuk berbuat demikian selewatnya 31 Mei 2017 melalui pautan di bawah ini ;
   
  1.  Sebarang permohonan pakar dari MANA-MANA SEKTOR yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan sub sektor 10.6: Kesihatan Dan Perkhidmatan Penjagaan Diri/ Alternatif Terapi dan 10.8: Perubatan Tradisional telah DIBEKUKAN selaras dengan permintaan daripada Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penguatkuasaan Akta 775: Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PT&K) 2016 yang sedang berkuatkuasa

PROSEDUR PERMOHONAN DIREKTORI PAKAR INDUSTRI NEGARA (DPIN)

Semua urusan permohonan pengiktirafan pakar hendaklah dibuat menggunakan borang berikut;
 
1. BORANG PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PAKAR
Borang JPK/KK/DPIN (01)_pindaan MEI 2017
- Format EXCEL  – Lampiran 1A
- Format PDF Lampiran 1B
Untuk permohonan Personel Baru, Tambah PerakuanPembaharuan, Tambah Program atau  Pindaan Profil
2. BORANG PENDAFTARAN FASILITATOR BERTAULIAH (FB)
Borang JPK/KK/DPIN FASILITATOR BERTAULIAH
- Format EXCEL  – Lampiran 2A
- Format PDF Lampiran 2B
Untuk permohonan Fasilitator Bertauliah sahaja


Penting! Perkara berikut perlu diberi perhatian sebelum menghantar permohonan;
 

  1. Dokumen permohonan yang diterima adalah melalui penghantaran sama ada melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat berikut:
Pengarah
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Peti Surat 7012,
Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19
40900 Shah Alam
Selangor.
(u/p : Unit Perakuan Personel dan Pakar – UPP&P)
 
  1. Bagi yang memohon lebih dari 1 program kemahiran perlu lampirkan bukti pencapaian dan penglibatan sekurang-kurangnya 10 tahun bagi setiap program dipohon

  2. Semua Pengiktirafan dan Perakuan dalam DPIN adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah.

  3. PIND dan PAJAR adalah pengkelasan yang digunakan untuk membezakan skop tugas pakar berdasarkan pengalaman dan pekerjaan semasa. Tiada surat atau sijil atau dokumen yang akan dikeluarkan berhubung perkara ini. Permohonan yang berjaya akan menerima surat Surat Kelayakan Sebagai Personel Lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - Lampiran 3

  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama dokumen sokongan mengikut jenis permohonan dan kategori perakuan.

  5. Segala urusan perlantikan dan penugasan adalah tertakluk kepada keperluan jabatan.


PENGENALAN DIREKTORI PAKAR INDUSTRI NEGARA (DPIN)

DPIN adalah satu kumpulan data yang memperakukan personal yang mempunyai kepakaran dan kemahiran berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) terkini yang sedang berkuatkuasa di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Terdapat dua kategori utama perakuan dalam DPIN iaitu industri (PIND) atau pengajar (PAJAR). Rujuk Syarat DPIN - Lampiran 4 untuk maklumat lanjut.

PANDUAN KEPADA PERSONEL LANTIKAN JPK            

  • Cop Personel Lantikan JPK –  Lampiran 5

  • Panduan-panduan berkaitan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) boleh dirujuk di http://www.dsd.gov.my/


 

SEKTOR YANG DIBEKUKAN

Berikut merupakan maklumat sektor yang dibekukan;
 
Bil Sektor Sub Sektor
1 Sektor 10 MP : Perubatan & Farmaseumedical & Pharmaceuticals
  1. 10.6: Kesihatan Dan Perkhidmatan Penjagaan Diri/ Alternatif Terapi
  2. 10.8: Perubatan Tradisional
 

Direktori ini diselaras oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
No Tel e-Mel
03-5543 8200 sambungan 8308 / 8309 / 8314 / 8315 / 8319 dpin[at]ciast[dot]gov[dot]my
 
 

PENILAIAN PEMBAHARUAN PPL

  • Personel lantikan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang ingin membuat Pembaharuan Lantikan, perlu LULUS Bengkel Penilaian Pembaharuan, Pertanyaan berhubung penganjuran bengkel ini boleh dimajukan kepada pegawai berikut:-
     
    husnanjaya[at]ciast[dot]gov[dot]my 03-5543 8328