PPKSPP

Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih / perantis di PB termasuk juga di Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (PB SLDN)

PERSONEL PPKSPP

Personel PPKSPP adalah merupakan personel pentauliahan JPK atau personel PB yang diperaku bagi jawatan berikut :

1.Pengurus Pusat Bertauliah (PPB);

2.Pegawai Pengesah Dalaman (PPD);

3.Pegawai Penilai (PP);

4.Pengurus Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (PPB-SLDN);

5.Coach (COACH); dan

6.Pengajar Sistem Latihan Dual Nasional (P-SLDN).

SYARAT

Syarat dan kelayakan personel PPKSPP adalah tertakluk kepada panduan berikut yang sedang berkuat kuasa.

PANDUAN DAN SYARAT PERMOHONAN PERAKUAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN SEBAGAI PERSONEL PENTAULIAHAN (PPKSPP) DI PUSAT BERTAULIAH  

PROSEDUR PERMOHONAN

1.Bermula 4 September 2018 semua urusan permohonan PPKSPP adalah dibuat secara atas talian melalui URL https://www.skkm.gov.my/.

2.Bagi urusan batal jawatan atau berhenti berkhidmat atau pemakluman tamat kontrak atau berpencen perlulah menghantar surat rasmi pemakluman kepada JPK untuk pengemaskinian rekod perakuan.

PERHATIAN : 

Permohonan *Pindah PB tidak perlu pos surat berhenti/tamat kontrak di PB lama tetapi dokumen tersebut perlu dimuat naik semasa membuat permohonan pembaharuan/tambah jawatan/Tambah Program di PB baharu.

PROSEDUR PERMOHONAN PERAKUAN PERSONEL

1.Prosedur permohonan perakuan personel melalui SKKM boleh rujuk pada  Manual Pengguna dan Manual Personel.

2.Manual tersebut juga boleh dimuat turun secara atas talian melalui URL https://www.skkm.gov.my/  seperti berikut :

 

 

KATEGORI PERMOHONAN PERAKUAN PERSONEL

CARTA ALIR PERMOHONAN PERAKUAN

DOKUMEN PERMOHONAN PERAKUAN PERSONEL

  1. Semua permohonan melalui SKKM dikehendaki Muat Naik Dokumen Sokongan mengikut Kategori Personel PB, Personel SLDN atau Pindah Pusat Bertauliah.
  2.  Sila pastikan dokumen sokongan yang dimuat naik memenuhi kriteria berikut:

       

    3. Sebarang penghantaran dokumen sokongan melalui e-mail adalah tidak  diterima sebagai dokumen tambahan.

    4. Namun begitu sekiranya data Induksi atau SKM/DKM/DLKM telah wujud di profil personel dalam SKKM, maka bukti tersebut boleh dikecualikan untuk dimuat naik. 

    5.Berikut ialah Senarai Semak dokumen sokongan bagi permohonan Personel Baru, Tambah Jawatan, Tambah Program & Pembaharuan bagi kategori Personel PB :

      

     6.  Berikut ialah Senarai Semak dokumen sokongan bagi permohonan Personel Baru, Tambah Jawatan, Tambah Program & Pembaharuan bagi kategori Personel SLDN :

PERMOHONAN PINDAH PB

Permohonan Pindah Pusat Bertauliah (PB) juga dibuat secara atas talian melalui SKKM dengan memilih jenis permohonan berikut :

Berikut ialah Senarai Semak dokumen sokongan bagi permohonan Pindah PB :

1.Permohonan membatalkan perakuan personel adalah bertujuan untuk memaklumkan JPK bahawa personel tidak lagi aktif bagi jawatan yang telah diperakukakan.

2.Berikut ialah kategori permohonan batal perakuan personel :

NOTA :

Penghantaran secara pos surat Berhenti Khidmat di PB lama adalah tidak terpakai bagi personel yang memohon Pindah PB.

 

3.Personel atau PB juga boleh mohon batal perakuan sekiranya personel telah tamat kontrak atau telah berpencen dan sebagainya

 

PROSEDUR MEMOHON BATAL PERAKUAN PERSONEL

1.Permohonan Batal Jawatan dan Berhenti Khidmat hendaklah kemukakan surat rasmi seperti berikut :

2.Personel telah tamat kontrak atau telah berpencen dan sebagainya juga perlu kemukakan surat rasmi pemakluman kepada JPK.

3.Permohonan Batal Jawatan/ Berhenti Khidmat atau pemakluman personel telah tamat kontrak/ berpencen hendaklah dihantar ke alamat berikut :.

Pengarah

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),

Program Kelayakan Kekompetenan (KK),

Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,

40900, Shah Alam, Selangor.

(u/p : Unit Perakuan Personel dan Pakar – UPP&P)

 

SEMAKAN & PERTANYAAN

  1. Semakan status atau keputusan permohonan personel melalui SKKM boleh dibuat seperti berikut :

2. Bagi permohonan BATAL JAWATAN/ BERHENTI KHIDMAT semakan juga boleh dibuat secara atas talian melalui SKKM seperti berikut :

3. Personel dikehendaki daftar sebagai pengguna SKKM terlebih dahulu sebelum Log Masuk ke dalam sistem untuk membuat semakan status secara atas talian.

4. Surat makluman pembatalan jawatan/ berhenti khidmat juga tidak dikeluarkan lagi kepada personel atau Pusat Bertauliah kerana semakan boleh dibuat oleh personel sendiri melalui SKKM.

5. Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan masalah teknikal SKKM boleh email ke helpdesk skkm@mohr.gov.my

6. Pertanyaan berkaitan dengan isu PPKSPP secara amnya boleh email ke ppkspp@ciast.gov.my atau ppkspp.ciast@gmail.com