Personel boleh membuat semakan status permohonan Personel SPKM dengan merujuk kepada manual yang disediakan di laman web CIAST melalui pautan https://www.ciast.gov.my/wp-content/uploads/2021/KK/PPKSP/Semakan%20Status%20Permohonan.pdf
Untuk membuat pembatalan jawatan, personel perlu mengemukakan surat rasmi permohonan pembatalan jawatan yang mempunyai kriteria berikut:
i. Alamat penerima : Pengarah CIAST
ii. Tajuk permohonan Pembatalan Jawatan / Berhenti Khidmat
iii. Maklumat tarikh permohonan dibuat
iv. Maklumat nama dan no. kad pengenalan personel
v. Maklumat kod PB dan nama PB yang hendak dibatalkan
vi. Nyatakan tujuan dan alasan pembatalan
vii. Pengesahan PB / personel (bertanda tangan)
PB atau Personel boleh kemukakan surat rasmi permohonan pembatalan melalui melalui Aduan MySPIKE atau e-mel ppkspp@ciast.gov.my.
Sekiranya tempoh berkhidmat di PB lama adalah kurang daripada 6 bulan, personel perlu mengemukakan bukti persetujuan berhenti daripada majikan.
Permohonan jawatan sebagai Penyelaras boleh dikemukakan kepada Bahagian Pentauliahan JPK.
Personel boleh mengemukakan aduan kepada Bahagian Inspektorat, JPK.
Personel perlu mengemukakan permohonan baharu dengan memasukkan semua bukti yang berkaitan termasuk Sijil Induksi PP-PPT.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Unit Perakuan Personel & Pakar di talian 03-55438200 samb. 8314 (Pn. Farehan)
Pihak CIAST tidak boleh membatalkan permohonan yang telah dihantar.Jika permohonan belum diproses, ianya akan dipulangkan dan personel boleh membuat tindakan pembetulan dan mengemukakan semula permohonan.
1. Berdasarkan garis panduan yang sedang berkuatkuasa Syarat Pembaharuan PP-PPT, PPL-SLaPB, PPL-SLDN dan PPL-PPT adalah Lulus Penilaian Pembaharuan PPV.
2. Personel perlu menduduki Sesi Penilaian Pembaharuan PPV dengan membuat permohonan melalui MySPIKE:
Pengguna > Kursus Induksi > Mohon Kursus Induksi > Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian dan Verifikasi > Papar Kursus > Mohon Kursus
3. Setelah Lulus penilaian tersebut, personel boleh mengemukakan pembaharuan melalui MySpike
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Unit Perakuan Personel & Pakar di talian 03-55438200 samb. 8314 (Pn. Farehan)
Untuk makluman, semua permohonan jawatan personel melalui MySpike perlu menggunakan kod NOSS yang sedang berkuatkuasa. Personel yang telah diperaku dengan kod NOSS yang baru boleh menggunakan perakuan tersebut bagi kod NOSS lama.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Unit Perakuan Personel & Pakar di talian 03-55438200 samb. 8303 (Pn. Hasfa)
Personel perlu mengemukakan permohonan pembatalan jawatan sebagai Coach dengan mengemukakan surat rasmi pembatalan jawatan kepada Pengarah CIAST melalu emel ppkspp@ciast.gov.my atau Aduan Pengguna MySpike.
Bagi tujuan permohonan jawatan sebagai Trainer, personel perlu membuat permohonan baru melalui MySpike dengan memilih jawatan sebagai Pengajar SLDN.
Untuk makluman, syarat kelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai boleh dirujuk di laman web CIAST melalui pautan berikut https://www.ciast.gov.my/wp-content/uploads/2021/KK/PPKSP/PENGENALAN/Panduan%20Pentauliahan%20Modular%20SLaPB%20tahun%202021.pdf
Tidak. Permohonan perakuan sebagai PPB tidak perlu mengikut program. PPB hanya perlu kemukakan satu permohonan sahaja.
Tempoh kelulusan perakuan PP adalah 3 tahun.
Tempoh kelulusan perakuan PPL adalah 6 tahun bagi permohonan sebagai Personel Baru, Tambah Jawatan dan Pembaharuan.
Syarat pelantikan PPL boleh dirujuk melalui laman web CIAST di pautan berikut https://www.ciast.gov.my/?page_id=1041
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Unit Perakuan Personel & Pakar di talian 03-55438200 samb. 8314 (Pn. Farehan)
Personel PPV yang telah tamat tempoh lantikan atau bakal tamat tempoh lantikan iaitu dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat.
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian melalui sistem MySpike sebulan sebelum tempoh penilaian.
Tatacara permohonan dalam MySPIKE adalah seperti berikut:
Pengguna>Permohonan Pengguna>Klik Kursus Induksi>Mohon Kursus Induksi>Pilih “Penilaian Pembaharuan PPV”>Papar Senarai Kursus> dengan memilih siri penilaian mengikut zon wilayah yang hampir dengan tempat tinggal PPV.
PB boleh membuat rujukan terus kepada Bahagian Pentauliahan, JPK atau mengemukakan aduan pengguna melalui MySpike dengan memilih kategori Pentauliahan SLDN atau Pentauliahan SLaPB (bergantung kepada jenis pentauliahan berkaitan)