KURSUS DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I)

KURSUS DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I)

Rangka Pembelajaran Latihan :

Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 9 bulan menggunapakai NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) sebagai garis panduan asas. Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (Metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4  daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 – 35 tahun pada tahun semasa
  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah (bagi calon SPM Tahun 2013 dan ke atas)
  • Mempunyai sekurang- kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3); atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang NOSS yang berkaitan

KELEBIHAN

  • Makan & minum disediakan
  • Asrama disediakan
  • Elaun bulanan disediakan

PERMOHONAN DALAM TALIAN MENERUSI:

Laman Web CIAST (www.ciast.gov.my) ; atau https://permohonan.ciast.gov.my/calon/application.jsp

Sebarang pertanyaan sila email ke pengambilan@ciast.gov.my atau hubungi Unit Pengambilan Pelajar di talian 03-55438225/8226/8295