Kursus Induksi SLDN dijalankan dari masa ke semasa. Pemohon boleh merujuk dalam eKursus CIAST. Walaubagaimanapun, penganjur kursus yang dilantik boleh memohon kursus mengilkut tarikh yang dikehendaki secara ‘customised’
Kursus NDTS Trainer adalah kursus bagi melengkapkan pengajar SLDN dengan pengetahuan yang berkaitan dengan pengajaran teori bagi mengajar perantis-perantis SLDN di Pusat Latihan.
Kursus NDTS Coach pula adalah kursus bagi melengkapan jurulatih SLDN bagi pengetahuan yang berkaitan pengajaran amali perantis di syarikat-syarikat SLDN. Kursus ini wajib dihadiri oleh pengajar dan coach bagi membolehkan mereka mendapat pentauliahan penuh sebagai pengajar atau coach SLDN.
Tidak boleh. Semua personel yang di lantik sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN / Penyelaras / Coach / Pengajar hendaklah menghadiri Kursus Induksi SLDN terlebih dahulu sebelum dilantik sebagai personel SLDN.
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan http://www.ciast.gov.my atau https://ekursus.ciast.gov.my/
Sijil kursus dikeluarkan dalam bentuk digital. Semakan boleh dibuat di www.myspike.my (pada bahagian profil pengguna)
Tidak Boleh. Peranan sebagai coach/pengajar dan perantis dalam satu masa adalah tidak dibenarkan.
boleh dimuat turun melalui pautan https://www.dsd.gov.my/ms/perkhidmatan/sistem-latihan-dual-nasional-sldn dibahagian penerbitan
boleh oleh kerana tiada penetapan yang khusus bagi pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran bagi program SLDN
1.Penilaian berdasarkan kriteria COPTPA seperti penggredan berdasarkan kredit
2. Latihan teori yang meliputi modul wajib dan modul Teras
3. Penggunaan struktur Kurikulum yang mengintegrasikan kerja dan pembelajaran
4. Penekanan terhadap pembelajaran kendiri dan aktiviti yang terpandu
1. Penilaian berterusan seperti kuiz,ujian,laporan,dan kajian kes
2. Penilaian kendiri untuk Mengukur kefahaman perantis
3. Ulasan maklumbalas daripada perantis
1. Merujuk elemen ASK (altitude,Skill ,Knowledge) dalam setiap unit kompetensi (CU)
2. Kaitkan kandungan teori dalam standard industri terkini dalam NOSS
3. Integrasikan hasil pembelajaran teori dengan praktikal
4. Membuat semakan berkala terhadap kesesuaian kurikulum dengan teknologi terkini
boleh, akan tetapi modul latihan perlulah di mapping mengikut kehendak NOSS
1.Merancang modul berdasarkan standard NOSS
2.Melaksanakan latihan kendiri terhadap Modul
3. Mendapatkan pengesahan daripada PPL
4.Memastikan modul menyokong hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
Kaedah penilaian yang digunakan termasuklah penilaian berterusan seperti kuiz,tugasan kerja,Laporan kajian kes,simulasi,Penilaian akhir teori dan amali.
Peserta mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, berumur 16 tahun ke atas, dan boleh membaca, menulis, serta mengira dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Keperluan tambahan termasuk memenuhi kriteria program tertentu dan tidak terlibat dalam program latihan lain.
Pendaftaran mesti diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan (contohnya, 60 hari untuk program penuh) melalui pusat bertauliah, mengikut kapasiti pusat dan kesahihan pentauliahan program.
Latihan SLDN boleh dijalankan menggunakan pendekatan block release (mingguan/bulanan), day release (harian dalam minggu bekerja), atau gabungan kedua-duanya. Latihan praktikal berlaku di syarikat, manakala komponen teori diuruskan oleh pusat latihan atau syarikat dengan kemudahan yang sesuai.
1. Program Penuh: Meliputi semua Unit Kompetensi (CU) teras dan elektif untuk persijilan.
2. Program Micro-Credential: Program jangka pendek yang memfokuskan pada CU atau Aktiviti Kerja (WA) tertentu.
3. Program Standard Kompetensi Kebangsaan (NCS): Memenuhi semua keupayaan untuk persijilan tanpa menggabungkan program lain.
Ya, program penyeliaan, latihan vokasional, dan Ujian Tanpa Musnah (NDT) tidak termasuk.
Penilaian melibatkan penilaian berterusan (pengetahuan, prestasi, dan kemahiran sosial), penilaian akhir, dan bagi sesetengah program, projek akhir. Markah minimum 60% diperlukan untuk lulus setiap penilaian.
1. Teknikal, Pembelajaran & Metodologi: Pengetahuan dan kemahiran praktikal.
2. Kemahiran Sosial dan Nilai Sosial: Komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, dan pelbagai tugas.
3. Penyelenggaraan Buku Log: Rekod aktiviti harian yang disahkan oleh COACH.
Peserta yang melengkapkan latihan dan memenuhi kriteria penilaian akan menerima sijil seperti SKM (Sijil Kemahiran Malaysia), DKM (Diploma Kemahiran Malaysia), atau DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).
Apakah peranan pusat bertauliah SLDN ( Pusat Latihan dan Syarikat SLDN? Pusat Latihan SLDN menguruskan latihan teori, manakala syarikat SLDN menyelia latihan praktikal. Kedua-duanya bertanggungjawab memastikan kualiti dan mematuhi kerangka kerja SLDN. |
Peserta boleh memohon penangguhan latihan atau penilaian atas sebab yang munasabah (contohnya, masalah kesihatan, kecemasan). Permohonan mesti dikemukakan kepada JPK dalam tempoh yang ditetapkan.
Ya, dengan syarat mendapat kelulusan awal daripada JPK dan mematuhi panduan latihan dalam talian di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
Ya, yuran pendaftaran dan persijilan berbeza berdasarkan tahap program. Contohnya, persijilan SKM berharga RM100 setiap program, manakala DKM/DLKM berharga RM200.
Rujuk kepada panduan tambahan seperti Panduan Pembelajaran Dalam Talian, Manual Pembangunan Soalan Penilaian Kemahiran, dan Panduan Pengeluaran Sijil yang disediakan oleh JPK.