KURSUS DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (DLPV) – DLKM DENGAN TVET I

Uncategorized

KURSUS DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (DLPV) – DLKM DENGAN TVET I

Rangka Pembelajaran Latihan :

Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 2 tahun 5 bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 5), Projek Akhir dan Latihan Industri (LI)  selama 1 tahun 8 bulan. Manakala, Kursus Pengajaran TVET adalah selama 9 bulan merangkumi Metodologi Vokasional selama 3 bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan.

Graduan akan dianugerahkan DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 5 dalam bidang berkaitan dan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Bidang ditawarkan:

  1. Teknologi Komputer Sistem
  2. Teknologi Komputer Rangkaian
  3. Teknologi Pengeluaran
  4. Teknologi Mekatronik
  5. Teknologi Elektronik
  6. Teknologi Automotif
  7. Teknologi Kimpalan

Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia berumur 19 – 33 tahun pada tahun semasa
  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah (bagi calon SPM Tahun 2013 dan ke atas)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dalam bidang NOSS yg berkaitan