PENGENALAN
Kursus Kemahiran Fasilitator merupakan satu program yang dibangunkan khusus kepada bakal Fasilitator Pembangunan NOSS, WIM dan Soalan yang ditawarkan kepada wakil industri atau syarikat, pusat bertauliah (PB) dan Industry Lead Body (ILB). Kursus ini bertujuan untuk membantu dan memantapkan fasilitator yang berupaya menghasilkan dokumen standard dan kurikulum latihan yang berkualiti bagi mencapai standard pekerjaan yang memenuhi keperluan industri negara. Kandungan kursus ini memberi penekanan kepada para peserta mengenai teknik-teknik memudahcara yang perlu digunapakai oleh fasilitator untuk membangunkan NOSS/WIM/Soalan yang berkualiti.
KANDUNGAN KURSUS
- Pengenalan Fasilitator
- Aplikasi Pembentukan Kumpulan
- Kemahiran Komunikasi
- Aplikasi methodologi Dalam Sesi Fasilitasi
- Fasilitator Dalam Pembangunan NOSS/WIM/Soalan
OBJEKTIF KURSUS
- Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam teknik-teknik memudahcara yang mana keupayaan fasilitator dalam mengendalikan sesi bengkel pembangunan atau perbincangan menjadi lebih efektif.
- Memantapkan keyakinan fasilitator dalam menggunapakai pendekatan memudahcara didalam proses interaksi antara ahli kumpulan atau panel pembangun.
- Membangunkan kemahiran tenaga pengajar untuk melatih fasilitator-fasilitator dari agensi awam, pusat bertauliuah dan industri dengan tujuan membangunkan NOSS/WIM/Soalan yang berkualiti.
KEMUDAHAN
Kursus ini adalah percuma. Penginapan dan makan minum disediakan. Kursus akan dijalankan di Institut Latihan Awam (ILA)/1MTC/Hotel dengan menggunakan fasiliti penginapan dan kemudahan premis berkaitan.
PERSIJILAN FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALAN
Syarat utama untuk dipersijilkan sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM) / WIM / Soalan adalah dengan memenuh kriteria seperti berikut:
1. Menghadiri Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) / WIM /Soalan dan
2. Menghadiri Kursus Kemahiran Fasilitator.
Setelah mengikuti dan lulus semua syarat tersebut, calon akan dipersijilkan oleh CIAST/JPK sebagai Fasilitator NOSS (DESCUM)/WIM/Soalan. Selanjutnya mereka berkelayakan untuk mengendalikan sesi Pembangunan NOSS, WIM atau Soalan.
MUAT TURUN
- Borang permohonan Kursus Atas Talian.
- Nota Fasilitator
TARIKH CADANGAN KURSUS (tertakluk kepada pindaan)
Siri 1 Zon Tengah 10-14 Ogos 2020
Siri 2 Zon Tengah 07-11 September 2020
Pengambilan peperiksaan/ Ulang Nilai 29-30 September 2020
HUBUNGI KAMI
(T) 03-5543 8200 (F) 03-5543 8274
Nama Pegawai |
Samb |
e-Mel (@ciast.gov.my) |
En. Salim bin Amil |
8299 |
salim |
En. Mohd Yusri bin Pardi |
8275 |
myusri |
En. Mohd Ozahir bin Mat Palal |
8286 |
ozahir |
Pn. Mahani binti Mokhtar |
8287 |
mahani |
En. Zamri bin Nawi |
8299 |
zamri |
En. Mohd Khalid bin Aman |
8261 |
mkhalid |
Pn. Marsita binti Abdul Kadir |
8288 |
marsita |