KURSUS INDUKSI

Apakah kursus induksi?

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM) merupakan asas pengenalan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Ia merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk diperaku sebagai personel SPKM seperti Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) atau Pengurus Pusat Bertauliah (PPB). Kursus-kursus induksi ini dilaksanakan selama dua hari secara bersemuka/ talian oleh CIAST atau penganjur kursus yang dilantik.   

Terdapat tiga (3) kategori kursus yang ditawarkan, iaitu:

  1. Kursus Induksi Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB);
  2. Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL); dan
  3. Kursus Induksi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Kursus Induksi PP-PPD-PPB memberi kefahaman asas SPKM dan merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi tujan dilantik sebagai personel SPKM seperti Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL).

Kursus Induksi PPT memberi kefahaman kepada peserta tentang persijilan melalui kaedah PPT. Ia juga merupakan salah satu syarat untuk dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT).

Kursus Induksi PPL menerangkan tugas, tanggungjawab dan etika kerja ketika melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di tempat kerja/ Pusat Bertauliah. Kursus ini perlu dihadiri oleh lantikan Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB) dan Pegawai Pengesah Luaran ADI Perantisan (PPL ADI Perantisan). Bagi Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran PPL, peserta perlu memenuhi syarat tambahan iaitu telah mengikuti Kursus Induksi PP-PPD-PPB dengan jayanya.

Apakah kelayakan peserta kursus induksi?

Kelayakan peserta-peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia adalah seperti berikut:-

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Warganegara Malaysia; atau
  3. Pemastautin Tetap (PR)

Bagaimana hendak menyertai kursus Induksi?

Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar berdasarkan Jadual Penganjuran Kursus yang boleh didapati di laman web CIAST>KURSUS>JANGKA PENDEK (KURSUS INDUKSI) >JADUAL KIPPKM

Berapakah yuran peserta?

Bayaran penyertaan yang dikenakan oleh penganjur ke atas peserta tidak boleh melebihi RM 350.00 seorang.

Saya telah tamat Kursus Induksi tetapi masih belum menerima sijil. Bagaimana saya boleh menyemak status pengeluaran sijil saya?

Sijil kursus induksi akan dikeluarkan dalam bentuk digital kepada peserta yang lulus. Semakan boleh dibuat di www.myspike.my (Bahagian Profil Pengguna>Maklumat Kursus Induksi)

Dokumen Berkaitan Penganjuran Kursus Induksi  Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM)

Sila muat turun dokumen berikut untuk maklumat lanjut mengenai Penganjuran Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM) dan permohonan sebagai penganjur berdaftar KIPPKM.

Sila klik pautan di atas untuk memuat turun dokumen dalam format PDF.

Nota

Borang yang telah lengkap bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui emel ke:
📧 kip@ciast.gov.my / wmhadi@ciast.gov.my

 

 

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (KIPPKM)

Dimaklumkan bahawa permohonan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM) kini dibuka. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem MYSPIKE di pautan berikut:
👉 https://www.myspike.my

Tatacara Permohonan

Pemohon adalah diminta mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke laman sesawang myspike.my.
  2. Pilih menu Pengguna > Permohonan Pengguna > Kursus Induksi.
  3. Klik butang “Mohon Kursus Induksi”.
  4. Pilih jenis Kursus Induksi yang berkaitan:
    • Induksi Personel Pentauliahan PP–PPD–PPB
    • Induksi PPT
    • Induksi PPL
  5. Klik “Papar Senarai Kursus”.
  6. Pilih kursus yang dikehendaki dan klik “Mohon Kursus”.

Video Panduan

Video tatacara permohonan boleh diakses melalui pautan berikut: Video tatacara permohonan 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia boleh dikemukakan melalui emel:
📧 kip@ciast.gov.my

Nota

  • Kadar Yuran: RM350.00 seorang peserta
  • Hebahan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Daftar Penganjur Berdaftar Kursus Induksi 2026

Klik sini untuk melihat daftar Penganjur Berdaftar Kursus Induksi Pentauliahan 2026.

Nota: Sila kenal pasti Kod Penganjur dari senarai ini bagi kegunaan permohonan penganjuran melalui Google Form yang disediakan.

 

1. Kursus Induksi PP-PPD-PPB (Pegawai Penilai - Pegawai Pengesah Dalaman - Pengurus Pusat Bertauliah)

  1. Nota Kursus Induksi PP-PPD-PPB -1
  2. Nota Kursus Induksi PP-PPD-PPB -2

2. Kursus Induksi PPL (Pegawai Pengesah Luaran)

  1. Nota Kursus Induksi PPL - 1
  2. Nota Kursus Induksi PPL - 2

3. Kursus Induksi PP-PPT (Pegawai Penilai -  Pentauliah Pencapaian Terdahulu)

Nota Kursus Induksi PP-PPT Pindaan 15 Jun 2025

 

 

 
 
 
 
 
 

Shopping for replica watches has never been easier, thanks to numerous online platforms that cater to this growing market. One such website, ReplicaFactory.is, provides an extensive selection of Replica Rolex watches, featuring designs that resemble popular luxury brands. The user-friendly interface allows customers to easily browse through various styles, from classic timepieces to modern designs.