CUDBAS

CUDBAS

CUDBAS adalah singkatan dari “Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure” ialah satu kaedah yang tersusun dan sistematik untuk membantu mempercepatkan pengurusan organisasi terutama sumber manusia dalam menyelesaikan masalah kompetensi bagi memastikan kelancaran proses kerja sesuatu pekerjaan.

CUDBAS sebagai alat untuk mengenalpasti keperluan latihan serta dapat mengenalpasti jurang kompetensi sebenar sesuatu pekerjaan untuk memudahkan perancangan dan pelaksanaan kursus-kursus yang relevan dan efektif bagi peningkatan kompetensi pekerjaan.

CUDBAS memberi perspektif yang lebih jelas berkenaan sesuatu kompetensi pekerjaan berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pekerja dalam melaksanakan kerja serta penyediaan pembangunan kurikulum dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat mengikut skala dan keperluan industri serta dapat menyelesaikan masalah di tempat kerja dengan cepat.

 

Tujuan kursus:

Memberi pendedahan dan mempraktiskan kaedah CUDBAS untuk pembangunan kompetensi pekerjaan bagi membuat perancangan dan pelaksanaan kursus yang sistematik dan relevan.

 

Objektif kursus:

  1. Membangunkan kompetensi pekerjaan
  2. Menganalisa kompetensi pekerjaan
  3. Merancang kursus mengikut keperluan kompetensi pekerjaan
  4. Membangunkan kurikulum latihan berdasarkan kompetensi pekerjaan

Bagaimana CUDBAS dilaksanakan?

  1. Membangunkan kompetensi pekerjaan oleh pekerja pakar bidang.
  2. Mendapatkan data kompetensi melalui senarai semak kompetensi.
  3. Membuat analisa senarai semak kompetensi daripada data kompetensi yang diperolehi
  4. Merancang & melaksana program latihan berdasarkan hasil analisa kompetensi.
  5. Membangunkan kurikulum latihan berdasarkan hasil analisa kompetensi.

Kelebihan CUDBAS

 

  1. Kaedah pembangunan yang mudah dalam tempoh masa yang singkat
  2. Skop aplikasi yang luas boleh digunakan untuk penugasan kerja, penilaian dan perancangan

    latihan

  1. Dapat membantu dalam mengenalpasti proses kerja,mengurangkan kos latihan , meningkatkan

    kualiti kemahiran pekerja dan membantu mengurangkan kesilapan dalam pekerjaan.

 

Kenapa harus hadir kursus CUDBAS?

Kursus ini dapat kerana dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam membangunkan kompetensi pekerjaan, analisa kompetensi pekerjaan, membangunkan kurikulum latihan, dan juga perancangan latihan yang efektif. CUDBAS juga dapat membantu organisasi mengenalpasti dan memperkemas proses kerja, mengurangkan kos latihan, dan meningkatkan kualiti kepakaran pekerja serta mengurangkan pembaziran pengeluaran yang disebabkan oleh kesilapan manusia.

 

Siapakah peserta yang perlu hadir?

  1. Pengurus/Pegawai Sumber Manusia
  2. Pegawai latihan
  3. Pengajar/jurulatih/pensyarah

 

Tarikh Kursus:

  1. 1- 4 April 2019 (Siri 1 dan 2)
  2. 22-25 April 2019 (Siri 3 dan 4)

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=TEGyQJIOMpg[/embedyt]

Hubungi kami :

  1. Pn. Sharida Binti Mohd. Sharif Tel: 603-55438266
  2. Tn. Hj. Azhar Bin Abidin Tel: 603-55438276
  3. Pn. Rogayah Binti Supian Tel: 603-55438275
  4. En Shamsumari Bin Johari Tel: 603-55438287

 

 Unit Pembangunan Profil Pengajar Kemahiran (UPPPK)

Program Perancangan dan Pembangunan Latihan (PPL)

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19

40900 Shah Alam, Selangor.

Tel. : +603-55438200   Faks : +603-55438274