Perutusan Pengarah

Selamat Datang Ke Portal CIAST.

CIAST atau Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan merupakan agensi yang membangunkan tenaga pengajar TVET berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan negara dalam memperkasakan pengajar kemahiran di Malaysia.  Sejak awal penubuhannya pada 1984 sehingga kini, CIAST telah melahirkan ramai tenaga pengajar dalam pelbagai bidang bagi menampung keperluan di pelbagai institusi latihan kemahiran. Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), CIAST telah diberi mandat dalam menjalankan program-program dan kursus kursus yang menjurus kepada pembangunan tenaga pengajar kemahiran yang berketrampilan tinggi.Antara program utama yang dijalankan ialah kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) yang menggunakan NOSS I-031-3:2014 (Operasi Latihan Vokasional / Vocational Training Operation).

Ia merupakan kursus selama 9 bulan, di mana 3 bulan ialah latihan teknik mengajar di CIAST dan 6 bulan ialah latihan praktikal mengajar di Pusat-Pusat Bertauliah anjuran JPK. Kursus VTO ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kepada mereka yang belum memasuki perkhidmatan (pre-service) dan yang berada dalam perkhidmatan (in-service).

Maklumat lanjut boleh ke pautan berikut:
Pra Perkhidmatan: Sila rujuk menu: KURSUS>JANGKA PANJANG> VTO

Dalam Perkhidmatan: Sila rujuk menu: KURSUS>JANGKA PENDEK>MODULAR

Selain itu, CIAST juga menawarkan kursus-kursus pembangunan kurikulum dan bahan pembelajaran seperti Kursus Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) DESCUM, Kursus Asas CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure) dan Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM).
Berikut ialah pautan bagi maklumat lanjut;

Sila rujuk menu: KURSUS>JANGKA PENDEK>NOSS (DESCUM)

Sila rujuk menu: KURSUS>JANGKA PENDEK>CUDBAS

Sila rujuk menu: KURSUS>JANGKA PENDEK>WIM

CIAST telah membangunkan sistem Profil Kompetensi Pengajar TVET Malaysia yang dipanggil eprofiling Pengajar TVET. Ia adalah satu sistem di mana maklumat keterampilan pengajar TVET dikumpulkan dan disatukan untuk dibandingkan denganability checklist untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Ability checklist dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure). Semua pengajar TVET di Malaysia dialu-alukan untuk mendaftarkan diri dalam sistem ini.

Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut berkenaan sistem eprofiling ini;
Sila rujuk menu: ORANG AWAM>APLIKASI ATAS TALIAN>EPROFILING

Seiring dengan perkembangan terkini Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), CIAST juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kursus-kursus berkaitan peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang-bidang seperti Automotif,Elektronik, Kimpalan, Komputer Sistem, Komputer Rangkaian, Mekatronik dan Pengeluaran. Senarai dan maklumat modul-modul kursus yang ditawarkan ada di sistem ekursus CIAST. Permohonan juga adalah melalui atas talian di sistem ekursus tersebut. Sila rujuk menu: KURSUS>JANGKA PENDEK>MODULAR

Terdapat banyak lagi maklumat berkenaan dengan aktiviti dan fungsi CIAST yang ditawarkan kepada yang berminat dan terlibat dalam latihan kemahiran dan pembangunan tenaga pengajar.

Diharapkan dengan wujudnya Portal CIAST ini, anda akan dapat mengenali CIAST dengan lebih dekat dan ada sesuatu yang dapat anda manfaatkan sepanjang anda melayari laman ini.

TS. TN HAJI MOHD MANOJ BIN JUMIDALI
Pengarah

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Malaysia