Fungsi Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK)

INFO KORPORAT

Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru

  • Merancang dan mengurus pengambilan pelajar baru National Instructor Training Program (NITP) bagi tiga kursus iaitu Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional(DLPV), Sijil Kemahiran Malaysia dengan Sijil Pengajar Vokasional (SKMT3 + VTO) dan Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
  • Mengurus dan mengawal selia Latihan Sambil Kerja / Latihan Industri Pelajar
  • Mengurus hal ehwal pelajar bagi tiga kursus iaitu DLPV, SKMT3 + VTO dan VTO

Unit pengurusan Peningkatan Kemahiran dan Kawalan Teknikal

  • Merancang dan mengurus kursus modular, customised, crash program dan antarabangsa
  • Merancang dan mengurus Kursus Pemantapan PLV Lantikan Baharu
  • Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan peperiksaan akhir pelajar
  • Mengurus dan menyelaras Pegawai Pengesah Luaran dan Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC)
  • Menyelaras hal-hal pentauliahan yang berkaitan dengan sistem JPK
  • Mengurus persijilan SKM dan persijilan CIAST

Unit Elektrikal & Elektronik/Unit Mekatronik/Unit Komputer/Unit Kimpalan/Unit Automotif & Unit Pengeluaran

  • Mengendalikan program latihan jangka panjang iaitu DLPV dan SKMT3 + VTO mengikut bidang masing-masing
  • Mengendalikan program latihan kemahiran lanjutan melalui kursus modular, ‘customised’, latihan antarabangsa dan crashed program
  • Mengendalikan Kursus Pemantapan PLV lantikan baharu
  • Menguruskan latihan pembangunan kepakaran kepada tenaga pengajar mengikut bidang
  • Menyelaras bahan pengajaran, soalan peperiksaan, penilaian PPL, peralatan dan kemudahan latihan mengikut bidang

Unit Metodologi Vokasional (UMV)

  • Melaksanakan kursus VTO bagi lepasan SKM sekurang-kurangnya Tahap 3 (program pra-perkhidmatan)
  • Menganjurkan Kursus Induksi PP/PPD bagi pelajar VTO
  • Mengurus pelaksanaan Latihan Internship bagi kursus VTO
  • Mengurus latihan pembangunan kepakaran kepada tenaga pengajar
  • Menyelaras bahan pengajaran, soalan peperiksaan, penilaian PPL, peralatan dan kemudahan Latihan