Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) merupakan salah satu daripada kategori Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang diperaku oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
Perakuan Personel Penilaian dan Verifikasi berdasarkan Kaedah Persijilan yang boleh dimohon secara dalam talian melalui MySPIKE adalah seperti Jadual 1:
A. KAEDAH PERSIJILAN SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH – SLaPB |
|
1. Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah |
PPL-SLaPB |
2. Pegawai Pengesah Luaran Kendiri (agensi yg diluluskan shj) |
PPL Kendiri |
A. KAEDAH PERSIJILAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL – SLDN |
|
1. Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional |
PPL-SLDN |
B. KAEDAH PERSIJILAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU – PPT |
|
1. Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu |
PP-PPT |
2. Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu |
PPL-PPT |
Jadual 1 : Senarai Perjawatan Bagi Permohonan Perakuan Personel
PPV berperanan untuk menjalankan penilaian dan verifikasi luaran yang bertanggungjawab dalam jaminan kualiti pelaksanaan SPKM yang memenuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). PPV boleh diperaku di kalangan individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang yang dimohon dan hendaklah memenuhi syarat yang sedang berkuatkuasa.
Pemohon hendaklah memenuhi semua syarat perakuan yang disenaraikan untuk diperakukan mengikut perjawatan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV).
- Panduan yang telah diluluskan berkuatkuasa bermula 1 Mei 2025.
- Dengan berkuatkuasanya panduan ini maka panduan terdahulu adalah terbatal.
RINGKASAN SYARAT BERKUATKUASA MENGIKUT JAWATAN
Jadual 2: Ringkasan Syarat Permohonan Perjawatan Personel PV
Nota:
Tiada perakuan bagi program berikut:
- Pengajaran TVET [P852-0002-4:2021] / Pengurusan TVET [P852-0002-5:2021]
- Semua Program berkaitan Ujian Tanpa Musnah/Non-Destructive Testing Services
SYARAT KELAYAKAN KEMAHIRAN LAIN YANG DIIKTIRAF
Berikut merupakan kelayakan kemahiran lain yang diiktiraf oleh KPPK: -
Agensi |
Kekompetenan |
Layak diperaku |
Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) |
Sijil Asas |
Tahap 1 |
Sijil Pertengahan |
Tahap 2 |
|
Sijil Tinggi |
Tahap 3 |
Jadual 3: Kelayakan Kemahiran lain yang diiktiraf
SYARAT TAMBAHAN
Bagi permohonan untuk program yang melibatkan Agensi Penguatkuasaan atau Badan Perlesenan, syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi berikut adalah ditambah:
Nama Program |
Agensi Penguatkuasaan |
Syarat |
a) Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak |
Kebajikan Masyarakat (JKM) |
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK); atau Kursus Asuhan Permata (KAP); atau Sijil Pengiktirafan sebagai Jurulatih Kursus Asas Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata. |
b) Area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik / Komersial |
Jabatan Alam Sekitar (JAS) |
Sijil Pentauliahan sebagai Juruteknik Bertauliah Bagi Sektor Penyaman Udara (RACS) |
c) Pemandu Pelancong |
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) |
Lesen Pemandu Pelancong |
d) Urut / Bekam / Tuinalogi / Ayurvedik / Ruqyah / Mamacare |
Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari (BTPK) KKM
|
1.Borang F (Perakuan Pengamal Berdaftar) ; atau 2.Borang K (Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar) |
Jadual 4: Syarat Tambahan Program Melibatkan Agensi Penguatkuasaan atau Badan Perlesenan Bagi Permohonan Perjawatan Personel PV
Nota:
Rujuk daftar standard sedang berkuatkuasa bagi nama dan kod NOSS terkini
CARA MEMOHON
- Semua urusan permohonan perakuan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui myspike.my;
- Piagam Pelanggan permohonan yang lengkap diterima melalui MySPIKE akan diproses dalam tempoh 30 hari;
- Permohonan yang mempunyai sekatan pada URL bagi dokumen lampiran akan ‘Dipulangkan’ dan akan diproses selepas personel ‘Hantar’ semula permohonan tersebut;
- Personel boleh mengemukakan permohonan baharu 'Personel SPKM' sekiranya ruangan catatan memaparkan perkara yang tidak memenuhi syarat ditetapkan;
- Hanya dokumen lampiran yang telah disertakan oleh pemohon semasa tarikh proses akan diambil sebagai dokumen sokongan permohonan;
- Pindaan dokumen lampiran selepas permohonan diproses adalah tidak dibenarkan dan pemohon dikehendaki membuat permohonan baharu semula dengan mengemukakan URL yang mempunyai dokumen lampiran yang lengkap;
- Perakuan PPV adalah sah digunakan bagi perjawatan dan program berkaitan dalam tempoh ENAM (6) TAHUN kecuali Tambah Program akan mengikut tempoh perakuan terdahulu yang masih aktif.
- Permohonan lulus akan aktif peranan bagi perjawatan dimohon dan personel boleh cetak surat Perakuan Sebagai Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang mengandungi maklumat Perjawatan, Kod & Nama Program, Kod & Nama PB/PLK serta Tempoh Mula & Tamat Perakuan;
- Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh ENAM (6) BULAN sebelum tamat tempoh perakuan dan Slip Penilaian Pembaharuan PPV hendaklah sah bagi tempoh 2 tahun bermula dari tarikh kursus semasa permohonan dihantar.
- Personel ada rekod ‘Senarai Hitam’ sila pastikan telah diberi ‘pemutihan’ sebelum mengemukakan permohonan perakuan.
- Permohonan lengkap yang diterima melalui MySPIKE akan dibawa ke mesyuarat personel;
- Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat;
KATEGORI PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat mengikut kategori permohonan perakuan iaitu:
Kategori Permohonan |
Keterangan |
a) Personel Baharu |
|
b) Tambah Jawatan |
|
c) Tambah Program |
|
d) Pembaharuan |
|
DOKUMEN SOKONGAN MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN
*Sijil dikecualikan untuk dimuat naik sekiranya data telah wujud dalam MySPIKE
MUAT TURUN BORANG
![]() |
Lampiran 2: Borang Kebenaran Majikan PPV/CIAST-B001/3-2025 |
![]() |
|
![]() |
Borang yang dimuatnaik semasa permohonan PERLU DISERTAKAN dengan dokumen bukti pengalaman kerja dalam program yang dimohon
SLIP PENILAIAN PEMBAHARUAN
- Setiap permohonan pembaharuan perlu disertakan bersama Slip Penilaian Pembaharuan PPV yang diperolehi dari Sesi Penilaian Pembaharuan PPV yang sedang berkuat kuasa dikendalikan oleh Unit Kursus Induksi Pentauliahan CIAST;
- Tempoh Slip Sesi Penilaian Pembaharuan PPV adalah sah untuk tempoh 2 tahun bermula dari tarikh sesi dijalankan.
Maklumat berkaitan Sesi Penilaian Pembaharuan PPV yang sedang berkuat kuasa boleh disemak di pautan berikut:
SESI PENILAIAN PEMBAHARUAN PPV
- Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Kursus Induksi Pentauliahan atau boleh di e-mel ke kip@ciast.gov.my