KURSUS JANGKA PENDEK

SOALAN LAZIM KURSUS JANGKA PENDEK
Saya berminat untuk mengikuti kursus jangka pendek di CIAST bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan sebagai seorang pengajar. Bagaimanakan untuk mendapatkan maklumat bagi kursus-kursus yang ditawarkan?

Pemohon boleh membuat permohonan, menyemak status permohonan dan kemaskini maklumat peribadi melalui aplikasi eKursus di laman web CIAST. Untuk memilih kursus-kursus yang berkaitan, pemohon boleh merujuk kepada tab Katalog Kursus yang terdapat di aplikasi berkenaan. Surat terimaan dan panggilan kursus akan diemelkan kepada pemohon yang berjaya dan ia juga boleh disemak di laman web CIAST

Bagaiamana untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan dengan kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di CIAST.

Berikut pegwai-pegawai yang boleh dihubungi berkenaan dengan kursus-kursus jangka pendek :

Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD) :  En. Aziman bin Othman (03 – 5543 8394)

Program Pembelajaran Elektronik dan Multimedia (PEM) : pn. Rosilawati binti Mohd Ghazin (03 – 5543 8398)

Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK) : Pn. Zuraini binti Ismail (03 – 5543 8399)

 

Apakah syarat kemasukan kursus VTO NITP (Pengamal Industri)?

Syarat kemasukan adalah seperti berikut;
a) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun
b) Lulus dalam SPM/SPMV lulus Bahasa Melayu;
c) Mempunyai sekurang-kurangnya SKM Tahap 3; dan
d) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang SKM.