PANDUAN KEMASUKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM OPERASI LATIHAN VOKASIONAL SECARA SEPARUH MASA, SESI MAC 2020

Uncategorized

PROGRAM : 

OPERASI LATIHAN VOKASIONAL (I-031-3:2014) SEPARUH MASA

Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA OPERASI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3  daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 TEMPOH LATIHAN :

  1. Kursus Metodologi di CIAST dilaksanakan untuk tempoh 26 minggu pada hari Sabtu dan Ahad; dan
  2. Latihan internship selama 6 bulan sepenuh masa di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S)

YURAN KURSUS:

 RM 3400.00.

  • Bayaran yuran kursus perlu dijelaskan SEMINGGU sebelum kursus bermula.
  • Bayaran boleh dibuat dalam bentuk pesanan kerajaan, bank draft, kiriman wang atau wang pos.

SYARAT KEMASUKAN:

  1. Warganegara Malaysia berumur 20 ke atas
  2. Lulus SPM atau SVM
  3. Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:
  4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
  5. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau
  6. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

 Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing

  1. Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

Maklumat Penting

Tarikh buka permohonan       : 30 Disember 2019

Tarikh tutup permohonan       : 31 Januari 2020

*sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan melalui laman sesawang CIAST

PERMOHANAN

Permohonan adalah percuma menerusi aplikasi atas talian sahaja

Daftar dan Muat naik dokumen berikut di sini

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Sijil SKM 3 atau DKM atau DLKM
  • Pengesahan majikan (jika berkaitan)

PERTANYAAN

Sila hubungi Unit Latihan SPD ditalian:

03 – 5543 8351 (Puan Ainin Nisak Binti Ahmad Asnawi)

03 – 5543 8338 (Datin Zainila Binti Salam)

03 – 5543 8344 (Encik Mohd Hazimin bin Mohd Nawawi)

atau email kepada permohonanspd@ciast.gov.my

 PERINGATAN

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN