INDUKSI

SOALAN LAZIM INDUKSI
Apakah Kursus Induksi?

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan kursus jangka masa pendek yang dilaksanakan selama dua hari. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memenuhi syarat kriteria personal pentauliahan dan pakar industri. Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia terbahagi daripada tiga (3) jenis, iaitu:

  1. Kursus Induksi Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB),
  2. Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan
  • Kursus Induksi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Apakah kelayakan peserta kursus induksi?

Kelayakan peserta-peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah :-

  1. Warganegara Malaysia; atau
  2. Pemastautin Tetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  1. Bagi Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan Kursus Induksi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) peserta perlu memenuhi syarat tambahan iaitu telah mengikuti Kursus Induksi PP-PPD-PPB dengan jayanya;
Apakah kepentingan setiap Kursus Induksi?

i.   Kursus Induksi Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB).

-Merupakan salah satu syarat lantikan personal pentauliahan Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB)

ii.  Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL).

-Merupakan salah satu syarat lantikan PPL

iii. Kursus Induksi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

-Merupakan salah satu syarat lantikan personal PPT seperti PP-PPT, PPD-PPT & PPL-PPT

Bagaimana hendak menyertai kursus Induksi?

Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdasarkan Jadual Penganjuran Kursus boleh didapati di laman sesawang CIAST di alamat berikut:

https://www.ciast.gov.my/v4/index.php/kursus1/2015-07-30-08-27-59/induksi?showall=&start=1

Berapakah yuran peserta?

Bayaran penyertaan yang dikenakan ke atas peserta tidak boleh melebihi RM 350.00 seorang.

Apakah syarat penganjuran kursus induksi?

Sila rujuk PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2011 (PINDAAN 2017) dengan merujuk di laman sesawang CIAST di alamat berikut:

https://www.ciast.gov.my/v4/index.php/kursus1/2015-07-30-08-27-59/induksi?showall=1&limitstart=

Berapakah yuran penganjuran bagi Kursus Induksi?

Yuran penganjuran ialah RM 3,200.00.

Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?

Dalam tempoh 1 bulan.

Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?

Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah perlu dikemukakan dan dihantar kepada :

Unit Kursus Induksi Pentauliahan,

Program Kelayakan Kekompetenan,

CIAST, Shah Alam

Untuk penerangan lebih lanjut, mohon menghubungi CIAST di nombor 0355438200 sambungan 8328 atau 8327

Adakah sijil Kursus Induksi mempunyai tempoh sah laku?

Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Direktori Pakar Industri Negara (DPIN). Sekiranya peserta kursus tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan peserta perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.