DLPV

OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan yang mempunyai Diploma Lanjutan Kemahiran ( Tahap 5 ) di dalam bidang-bidang tertentu sebagaimana keperluan di dalam Akta 652 ( NASDA ).

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

  • Bagi lulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 2 tahun 6 bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 5) , Projek Akhir dan Latihan Industri (LI)  selama 1 tahun 9 bulan. Manakala Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) adalah selama 9 ½ bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 ½ bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan.
  • Bagi lulusan Diploma Pengajar Vokasional (DPV) pula, tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 1 tahun 9 bulan yang mana ia merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 5), Projek Akhir dan Latihan Industri (LI).
  • Graduan akan dianugerahkan DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 5 dan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

KURSUS YANG DITAWARKAN:

  1. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Komputer Sistem
  2. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Komputer Rangkaian
  3. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Pengeluaran
  4. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Mekatronik
  5. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Elektronik
  6. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Automotif
  7. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional Teknologi Kimpalan

JANGKA MASA LATIHAN :

   (i)    Lulusan DKM : 2 Tahun 6 Bulan

(ii)    Lulusan DPV : 1 Tahun 9 Bulan

KELAYAKAN MASUK :

1.    Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 35 tahun.

2.    (a) Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas);
dan
(b) Mempunyai  Diploma Pengajar Vokasional (DPV); atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam NOSS yang berkaitan.

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.