DKM + VTO

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (DKM + VTO)

OBJEKTIF KURSUS

Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan yang mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia di dalam bidang-bidang tertentu sebagaimana keperluan di dalam Akta 652 ( NASDA ).

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

  • Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 2 tahun 1/2 bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 selama 1 tahun 3 bulan ( Subjek Teras 1 tahun dan Latihan Industri selama 3 bulan) dan Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) selama 9 ½ bulan ( Methodology Vokasional selama 3 ½ bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan ).
  • Graduan akan dianugerahkan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA dan  SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

KURSUS YANG DITAWARKAN :

  1. Diploma Kemahiran Malaysia Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Sistem Komputer
  2. Diploma Kemahiran Malaysia Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Elektronik
  3. Diploma Kemahiran Malaysia Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Kimpalan
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Mekatronik
  5. Diploma Kemahiran Malaysia Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Pengeluaran
  6. Diploma Kemahiran Malaysia Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Automotif

JANGKA MASA LATIHAN :

2 Tahun 1/2 Bulan

SYARAT KEMASUKAN :

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 35 tahun.

a) Lulus dalam SPM atau SPMV dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas); dan

b) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 3 dalam NOSS yang berkaitan.

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

Calon yang berminat boleh mengisi maklumat di sini