DPV

SOALAN LAZIM DPV
Apakah itu DPV?
  • Diploma Pengajar Vokasional (DPV) ialah program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan TVETI. Pelajar akan mengikuti latihan kemahiran dalam bidang NOSS yang berikut kemudian akan menyambung program TVETI.

    Bidang DKM yang ditawarkan:
    Teknologi Elektronik (EE-021-4:2012 – Pembangunan Produk Elektronik)
    Teknologi Pengeluaran (C259-006-4:2020 – Pembangunan Rekabentuk & Pengaturcaraan Pemesinan)
    Teknologi Pengeluaran (MC-050-4:2012 Koordinasi Pembuatan CAD/CAM)
    Teknologi Automotif (G452-002-4:2017 Operasi Servis Selepas Jualan – Kenderaan Bermotor)
    Teknologi Mekatronik (MC-091-4:2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri)
    Teknologi Komputer (IT-020-4:2013 Pentadbiran Sistem Komputer)
    Teknologi Kimpalan (MC-024-4:2012 Pengurusan Teknologi Kimpalan)

Berapa lama tempoh program DPV?

Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 2 tahun

Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA dan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Apakah syarat untuk memohon program DPV?

Syarat Permohonan:

(a) Warganegara Malaysia berumur 19 – 33 tahun pada tahun semasa
(b) (a) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di dalam bidang NOSS yang berkaitan.
(c) Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah (bagi calon SPM Tahun 2013 dan ke atas). Calon yang tiada kelayakan SPM perlu menduduki Ujian Penilaian Khas yang dikendalikan oleh CIAST.
(d) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
(e) Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

 

Bagaimana hendak memohon program DPV?

Anda boleh melayari laman web CIAST www.ciast.gov.my untuk iklan pengambilan yang terkini.

Permohonan adalah melalui laman web UPTVET.

Berapakah yuran program DPV?

Tiada yuran dikenakan dalam tempoh pengajian.

Namun ada beberapa bayaran dikenakan iaitu pendaftaran dan kelengkapan pelajar.

Pendaftaran: RM40.00 (TVET-I), RM 65 (DPV), RM 90 (DLPV)

Kelengkapan pelajar: antara RM500.00 hingga RM 1,200.00 (mengikut program)

Apakah kemudahan disediakan kepada pelajar?

Kemudahan yang disediakan kepada pelajar ialah seperti berikut:
(a) Elaun sara diri
(b) Makan dan Minum
(c) Penginapan Asrama

Dimanakah program DPV dilaksanakan?

Program ini dilaksanakan di Kampus CIAST Shah Alam

Berapakah elaun yang diberikan?

Elaun adalah RM 115.00 sebulan dan RM 400.00 semasa mengikuti latihan industri/tinggal di luar asrama

Persoalan lain atau maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Emel: pengambilan@ciast.gov.my
Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 ( Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru – UPPPB )

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN