TVET I

Uncategorized
Apakah itu TVET I?

TVET I adalah singkatan bagi TVET Instruction (Pengajaran TVET)
Program Pengajaran TVET (TVET Instruction) Kod NOSS : P853-002-4:2021, merupakan program persijilan tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia).

NOSS tersebut merupakan NOSS baru dan mengantikan NOSS Vocational Training Operation (Kod NOSS : I-031-3-2014) yang dijumudkan pada Jun 2021.

Berapa lama tempoh program TVET I?

Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 9 bulan iaitu 3 bulan teori (Metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET-I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Apakah syarat untuk memohon program TVET I?

Syarat Permohonan:

(a) Warganegara Malaysia berumur 20 – 35 tahun pada tahun semasa
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang NOSS yang berkaitan.
(c) Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah (bagi calon SPM Tahun 2013 dan ke atas). Calon yang tiada kelayakan SPM perlu menduduki Ujian Penilaian Khas yang dikendalikan oleh CIAST.
(d) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
(e) Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

Bagaimana hendak memohon program TVET I?

Anda boleh melayari laman web CIAST www.ciast.gov.my untuk iklan pengambilan yang terkini.
Permohonan adalah melalui laman web UPTVET. Sila layari https://mohon.tvet.gov.my/

Berapakah yuran program TVET I?

Tiada yuran dikenakan dalam tempoh pengajian.

Namun ada beberapa bayaran dikenakan iaitu pendaftaran dan kelengkapan pelajar.

Pendaftaran Kursus & Insuran Pelajar: RM42.00 (TVET I), RM69.00 (DPV), RM 96.00(DLPV)

Kelengkapan pelajar: antara RM500.00 hingga RM 1,200.00 (mengikut program)

Apakah kemudahan disediakan kepada pelajar?

Kemudahan yang disediakan kepada pelajar ialah seperti berikut:
(a) Elaun sara diri
(b) Makan dan Minum
(c) Penginapan Asrama

Siapakah yang perlu mengikuti Program TVET I?

TVET I ialah satu syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di mana sesiapa yang ingin menjadi tenaga pengajar di Pusat Bertauliah (PB) yang melaksanakan latihan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) mestilah memiliki Diploma Pengajaran TVET (TVET I). Selain itu juga beliau perlu memiliki persijilan SKM dalam bidang NOSS yang berkaitan TVET.

Dimanakah program TVET I dilaksanakan?

Program ini dilaksanakan di Kampus CIAST Shah Alam dan 10 Kampus Satelit CIAST (CSC) iaitu:
1. CSC KPM Bukit Tangga
2. CSC ILP Kepala Batas
3. CSC ADTEC Taiping
4. CSC ADTEC Jerantut
5. CSC ILP Kota Bharu
6. CSC ILP Marang
7. CSC IKBN Kemasik
8. CSC IKBN Kuala Langat
9. CSC ILP Sandakan; dan
10. CSC ADTEC Bintulu.

Berapakah elaun yang diberikan?

Elaun adalah RM115.00 sebulan bagi 3 bulan pertama dan RM400.00 semasa mengikuti latihan internship

Persoalan lain atau maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Emel: pengambilan@ciast.gov.my
Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 ( Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru – UPPPB )

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN