Pengajar boleh melayari laman web TiPS di pautan https://www.ciast.gov.my/profiling/ untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Pembangunan Kompetensi Pengajar TVET di talian 03-5543 8200 atau emel ke eprofilinggrp@ciast.gov.my.
Boleh, Pengajar daripada pusat bertauliah swasta boleh mendaftar dalam TiPS melalui pusat bertauliah. PB berkaitan perlu mendaftar pusat bertauliah dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Pusat Bertauliah dalam TiPS melalui pautan berikut:- https://forms.gle/NLqNep8ArHegHafB8
Sistem pangkalan data berpusat dalam talian berkaitan profil kompetensi pengajar TVET dan merupakan platform untuk mengukur tahap kompetensi pengajar dan keperluan latihan secara berstruktur dan sistematik.
Penilaian kompetensi pengajar TVET bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pengajar dan seterusnya perancangan latihan yang berstruktur dan sistematik dapat dilaksanakan melalui platform TiPS
Pengajar dapat mengenalpasti tahap kompetensi semasa dan berpeluang untuk hadir latihan melalui platform TiPS.
Sistem atas talian yang dibangunkan dengan kepakaran dalaman (inhouse) untuk mengumpul, menganalisa potensi dan kompetensi Pengajar TVET serta latihan yang diperlukan untuk menutup jurang kemahiran. Ia boleh dicapai melalui capaian https://eprofiling.ciast.gov.my
Sistem TiPS bertujuan sebagai pangkalan data berpusat mengenai profil kompetensi dan menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan kepada pengajar TVET negara berdasarkan jurang kompetensi yang wujud pada setiap pengajar TVET supaya latihan yang berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga sebagai platform untuk membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.
Motto bagi sistem ini ialah “Right Trainer, Right Training, Right Time” sesuai dengan kebolehan projek ini dimana keperluan latihan pengajar boleh diukur dan disahkan oleh penyelia seterusnya perancangan dan pelaksanaan latihan dapat dioptimumkan dan memenuhi sasaran.
Profil Kompetensi Pengajar TVET adalah satu projek dimana pengumpulan keterampilan pengajar TVET dikumpul dan disatukan untuk dibandingkan dengan senarai abiliti (Ability Checklist) untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Senarai abiliti (Ability Checklist) dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).
Kaedah Profil Kompetensi Pengajar TVET ini dilaksanakan dalam 4 peringkat dalam TiPS:
1. Peringkat 1
Pembangunan senarai abiliti (Ability Checklist) oleh Kumpulan Tenaga Pengajar pakar mengikut bidang kemahiran.
Pembangunan senarai abiliti (Ability Checklist) ini merujuk kepakaran tenaga pengajar kemahiran, National Occupational Skill Standard (NOSS) dan juga silibus/kurikulum.
2. Peringkat 2
Dapatkan data/maklumat kompetensi pengajar kemahiran menggunakan senarai abiliti (Ability Checklist) melalui penilaian kendiri dan disahkan oleh penyelia.
Penilaian Kompetensi pengajar meliputi tiga (3) kompetensi iaitu :
i. Vokasional/Professional
ii. Pedagogikal/ Sosial
iii. Pengurusan
Analisa senarai abiliti (Ability Checklist) daripada data/maklumat yang diperolehi dari pengajar kemahiran.
3. Peringkat 3
Rancang dan laksana program latihan kepada tenaga pengajar kemahiran berdasarkan hasil analisa yang telah dibuat.
4. Peringkat 4
Sediakan modul latihan berdasarkan hasil analisa kompetensi skor pengajar dan skor abiliti pada Peta Abiliti (Ability Map). Modul latihan yang dicadangkan perlu dibawa pengesahan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Program Pembangunan Kemahiran (Agensi) sebelum dimasukkan ke dalam sistem eProfiling.
Pengajar TVET awam dan swasta daripada agensi yang telah berdaftar dengan Sistem TiPS.
Penilaian kompetensi pengajar TVET bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pengajar dan seterusnya perancangan latihan yang berstruktur dan sistematik dapat dilaksanakan melalui platform TiPS.
Pengajar boleh melayari laman web TiPS di pautan https://www.ciast.gov.my/profiling/ untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Pembangunan Kompetensi Pengajar TVET di talian 03-5543 8200 atau emel ke eprofilinggrp@ciast.gov.my.
Admin Institut (AI) masing-masing bertanggungjawab mengesahkan maklumat pendaftaran setelah personel mendaftar.
Langkah-langkah sekiranya pengguna terlupa kata laluan adalah seperti berikut:
1. Klik Lupa Kata Laluan.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan e-mel berdaftar.
3. Dapatkan kata laluan sementara daripada emel berdaftar.
4. Log masuk TiPS menggunakan kata laluan sementara.
5. Tukar kata laluan sementara kepada kata laluan baharu.
Sekiranya personel lupa kata laluan e-mel berdaftar sila hubungi AI untuk set semula kata laluan.
Terdapat tiga (3) komponen kompetensi yang perlu dinilai oleh seseorang pengajar iaitu:
1. Komponen Vokasional/Profesional;
2. Komponen Pedagogikal/Sosial dan
3. Komponen Pengurusan.
Penilaian kompetensi pengajar TVET perlu dilaksanakan sekali bagi setiap tahun. Tempoh penilaian akan ditetapkan dan notifikasi penilaian akan dipaparkan di laman utama Sistem TiPS.
Sistem TiPS akan menyediakan laporan berdasarkan skor penilaian yang telah dilaksanakan oleh pengajar TVET. Laporan yang boleh dijana dalam TiPS adalah Laporan Peta Abiliti pengajar dan Laporan analisa kompetensi pengajar.