DCCD

SOALAN LAZIM DCCD
Apakah kandungan kursus Digital Creative Content Development (DCCD)?

Peserta yang menyertai kursus ini akan diberikan pendedahan mengenai e-Learning Technology, Video Conferencing, Animation, Image/Graphic Design, Audio & Video Editing, Screencasting, Cloud Storage, Online Whiteboard, Gamification & e-Assessment dan banyak lagi.

Berapa lama tempoh latihan kursus Digital Creative Content Development (DCCD) dijalankan?

Tempoh pelaksanaan kursus Digital Creative Content Development (DCCD) selama 40 jam. Boleh dilaksanakan sama ada secara bersemuka (Modular/Customised) atau Blended Learning (khusus untuk permohonan kursus Customised)

Bagaimana cara untuk mohon kursus Digital Creative Content Development (DCCD)?

Permohonan kursus ini terbahagi kepada dua (2) iaitu Modular atau Customised.

Modular :
Tawaran kursus Digital Creative Content Development (DCCD) modular boleh di pohon melalui laman sesawang https://kursus.ciast.gov.my/

Customised :
Bagi pelaksanaan kursus Digital Creative Content Development (DCCD) secara berkumpulan, Jabatan/Agensi/Syarikat boleh hubungi Unit Pembelajaran eTraining, Program Pembelajaran Elektronik dan Multimedia (PEM) 03-55438380/8382/8379/8376/8377 atau emel di alamat : etraining@ciast.gov.my untuk permohonan sebutharga. Permohonan emel perlu mengandungi butiran berikut :

i. Nama kursus
ii. Bilangan peserta
iii. Jangkamasa
iv. Kandungan kursus
v. Tempat latihan dan sebagainya

Siapakah yang layak mohon kursus Digital Creative Content Development (DCCD)?

Terbuka kepada tenaga pengajar yang berminat dan sangat sesuai kepada individu yang memiliki sijil Vocational Training Officer (VTO) / (I-031-3:2014/I-031-3) yang bercadang untuk mendapatkan sijil TVET-I melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Siapakah yang layak mohon kursus Digital Creative Content Development (DCCD)?

Terbuka kepada tenaga pengajar yang berminat dan sangat sesuai kepada individu yang memiliki sijil Vocational Training Officer (VTO) / (I-031-3:2014/I-031-3) yang bercadang untuk mendapatkan sijil TVET-I melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Adakah hanya sijil Digital Creative Content Development (DCCD) dari JPK sahaja yang boleh digunakan dalam permohonan TVET-I secara PPT?

Tidak. Sekiranya pemohon mempunyai dokumen/sijil lain yang berkaitan juga boleh digunakan sebagai bukti kukuh.

Sila rujuk pemakluman pindaan PPT TVET-I (Ruj: JPK/700-2/7/1 ( 30 ) bertarikh 18 Disember 2023 : PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM TVET INSTRUCTION (P853-002-4:2021) DAN TVET MANAGEMENT (P853-002-5:2021) MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT).

Bahagian A(ii) b(iii)
*Bukti keterampilan CU2(WA3 & WA4) Written Instructional Material (WIM) development dan CU4 Digital Training Implementation
*Hanya sijil kursus yang dikeluarkan oleh JPK sahaja diterima sekiranya “sijil” dikemukakan sebagai bukti keterampilan

Tetapi ianya adalah bergantung kepada pegawai penilai dan panel penemuduga yang dilantik.