Text Size
         |  BM | ENG  |
Isnin, 27 March 2017
Isnin, 28 Jamadil-Akhir 1438

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (SKMT3 DENGAN VTO)

 

OBJEKTIF KURSUS :

Program Latihan ini adalah bertujuan memberi peluang kepada graduan yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 untuk menyambung pengajian ke Tahap 3 ( di dalam bidang tertentu ) dan seterusnya menjadi pengajar berketerampilan sebagaimana keperluan dalam AKTA 652 (NASDA).

 

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

  • Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 1 Tahun 9 Bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 3) selama 1 Tahun dan Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) selama 9 bulan ( Methodology Vokasional selama 3 bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan ).
  • Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 dan  SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

KURSUS YANG DITAWARKAN :

  1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Mekatronik
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Elektronik
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Automotif
  4. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional Teknologi Kimpalan

 

JANGKA MASA LATIHAN :

1 Tahun 9 Bulan


KELAYAKAN MASUK :


1.    Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun.
2.    (a)  Lulus dalam SPM atau SPMV dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas) ; dan
       (b)  Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam NOSS  yang berkaitan.
 

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.