Text Size
         |  BM | ENG  |
Isnin, 18 December 2017
Isnin, 29 Rabi'ul-Awwal 1439

SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)

OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu :
“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”
 

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

  • Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
  •  Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S).
  • Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) (SKM Tahap 3) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

JANGKA MASA LATIHAN :

  • 9½ Bulan

KELAYAKAN MASUK :

  1. Warganegara Malaysia  berumur 20 - 35 tahun
  2. Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam  Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas); dan
  3. Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut: (Senarai bidang sila rujuk no.4)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5; atau
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4; atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
  • Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan; atau
  • Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta; atau
  • Diploma daripada Universiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Institusi Latihan Kemahiran Swasta; atau
  • Sijil daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam (sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh pengajian dalam bidang berkaitan dengan NOSS dan mengikut keperluan Pusat Bertauliah)
NOTA: Bagi calon memiliki kelulusan  v. hingga vii., calon mestilah memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan 
 
         4. Senarai Bidang/Sektor yang boleh memohon:
 
  1. Electrical & Electronics, Telecommunications & Broadcasting Industry
  2. Information Technology & Communications
  3. Machinery & Equipment
  4. Mechanical & Electrical Service and Maintenance
  5. Transportation
  6. Packaging
  7. Interior Décor
  8. Business Management
  9. Printing
  10. Textile & Apparel
  11. Agriculture & Agrobased
  12. Resource Based
  13. Care & Community
  14. Arts & Culture
  15. Medical & Pharmaceuticals
  16. Hospitality & Tourism
  17. Souvenir & Small Enterprise
  18. Building & Construction
  19. Landscapping & Environmental

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai Tenaga Pengajar Vokasional di pusat- pusat Bertauliah JPK.