Text Size
         |  BM | ENG  |
Rabu, 14 November 2018
Rabu, 05 Rabi'ul-Awwal 1440
 
 
TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KURSUS SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) CIAST SESI JANUARI 2019
 
Temuduga Terbuka ini dibuka kepada calon-calon yang belum memohon dan memenuhi syarat-syarat kemasukan seperti berikut:
 
 SYARAT KEMASUKAN               :
  1. Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
  2. Lulus SPM atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas).
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  5. Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.
 
 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:
  1. Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing
  2. Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum tarikh temuduga dijalankan mengikut pusat pengajian.
Tarikh Kemasukan Sesi Januari 2019:
  • Kampus CIAST Shah Alam - 9 Januari 2019 (Rabu)
  • Kampus Satelit CIAST – 20 Januari 2019 (Ahad) / 21 Januari 2019 (Isnin)    
 
NEGERI PUSAT PENGAJIAN NO TELEFON TARIKH TEMUDUGA TERBUKA MASA TEMUDUGA
Selangor Kampus CIAST Shah Alam 03-55438200 samb.  8225 / 8226 / 8227 / 8295 7 & 8 November 2018
(Rabu dan Khamis)
**8.30 pagi hingga 12.30 tgh
Negeri Sembilan CSC Institut Pendidikan Guru (IPG) Bandar Enstek 06-7979785 7 November 2018 (Rabu)
Terengganu  
CSC ILP Marang
09-6189061 / 09-6181697 5 November 2018 (Isnin)
 
CSC IKBN Kemasik
09-8640754 31 Oktober 2018 (Rabu)
Melaka  
CSC ILP Selandar
 
06-5251876  
9 November 2018 (Jumaat)
**8.30 pagi hingga 12.00 tgh
Pahang CSC ADTEC Jerantut 09-2608231 samb. 110 9 November 2018 (Jumaat) **8.30 pg hingga 12.00 tgh
 
 

TEMPOH LATIHAN    :  9 ½  Bulan (3 ½ bulan di Institut dan 6 bulan Latihan Internship)
 
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA (Asal dan Salinan):
 
  1. Kad Pengenalan.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bagi calon KV, sila bawa Salinan Pernyataan Keputusan mata pelajaran BM Setara dan Slip LULUS mata pelajaran SEJARAH.
  3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
 * Sekiranya calon-calon masih lagi belum memperolehi sijil DLKM/DKM/SKM3, calon-calon boleh mengemukakan bukti-bukti keterampilan seperti berikut:
 
  1. Borang Pengeluaran Sijil SKM JPK (T1003) atau;
  2.  Akuan Keterampilan Persijilan Kemahiran Malaysia (calon IKBN sahaja)
**Masa Pendaftaran Temuduga adalah pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.