Text Size
         |  BM | ENG  |
Rabu, 14 November 2018
Rabu, 05 Rabi'ul-Awwal 1440
PERMOHONAN PPKSPP

Untuk makluman, bermula 4 September 2018 semua urusan permohonan Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan JPK atau ringkasannya PPKSPP adalah dibuat secara ATAS TALIAN melalui URL https://www.skkm.gov.my/. Panduan daftar pengguna SKKM dan permohonan personel boleh rujuk pada Manual Pengguna dan Manual Personel.

 

PERSONEL PPKSPP

Personel PPKSPP adalah merupakan personel pentauliahan JPK atau personel PB yang diperaku bagi jawatan berikut :

  1. Pengurus Pusat Bertauliah (PPB);
  2. Pegawai Pengesah Dalaman (PPD);
  3. Pegawai Penilai (PP);
  4. Pengurus Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (PPB-SLDN);
  5. Coach (COACH); dan
  6. Pengajar Sistem Latihan Dual Nasional (P-SLDN).

 

 

SYARAT DAN KELAYAKAN PPKSPP

Syarat dan kelayakan personel masih tertakluk kepada Panduan Dan Syarat Permohonan Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) Di Pusat Bertauliah  yang sedang berkuat kuasa.

 

JENIS PERMOHONAN PPKSPP

  • Semua jenis permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui SKKM.

  • Hanya  permohonan Batal Jawatan dan Berhenti Khidmat sahaja boleh dikecualikan memohon melalui sistem (SKKM) seperti berikut :
     

    BIL JENIS PERMOHONAN ON-LINE SKKM MANUAL
    1. Personel Baru X
    2. Pembaharuan X
    3. Tambah Jawatan X
    4. Tambah Program X
    5. Pindah PB X
    6. Pindaan Profil X
    7. Batal Jawatan X
    8. Berhenti Khidmat X
  • Berikut ialah penerangan bagi jenis permohonan personel PPKSPP :
        

Personel Baru

Personel belum pernah diperaku atau sebelum ini  gagal sebagai personel pentauliahan JPK

Pembaharuan

Jawatan dan program sama yang telah diperaku akan tamat tempoh atau mengalami perubahan NOSS

Tambah Jawatan

Telah diperaku jawatan lain dan memohon jawatan baharu selain daripada jawatan sedia ada

Tambah Program

Telah diperaku Jawatan yang sama tetapi memohon program baharu

Pindah PB

Telah diperaku di PB lain tetapi memohon perakuan di PB baharu kerana tidak lagi berkhidmat di PB lama

Pindaan Profil

Mengemaskini maklumat di profil pengguna seperti pengalaman kerja dan maklumat kelayakan selain SKM

Batal Jawatan

Memohon perakuan sedia ada supaya dibatalkan dan tidak aktif bagi jawatan tersebut

Berhenti Khidmat

Membuat pemakluman kepada JPK bahawa personel tidak lagi berkhdimat di mana-mana PB

 

PROSEDUR PERMOHONAN PERSONEL (PUSAT BERTAULIAH) MELALUI SKKM

    1.    Pengguna baharu yang belum pernah berdaftar dengan sistem ini dikehendaki Daftar Sebagai Pengguna terlebih dahulu di bahagian 'Personel Pusat Bertauliah' seperti berikut:


    


2. Selepas personel BERJAYA 'Daftar Masuk' dalam SKKM, paparan pemohon perakuan personel adalah di bahagian 'Personel Pusat Bertauliah' dan pemohon boleh semak atau mohon Personel PB seperti paparan berikut:



 

3. Untuk pemohon perakuan personel, dikehendaki memastikan maklumat di  'Akaun Pengguna' dan maklumat 'Profil Pengguna' adalah maklumat yang betul dan sahih.

4. Maklumat dalam 'Profil Pengguna' perlu diisi kerana ianya berkaitan  dengan Permohonan Personel PB. Hanya maklumat yang bertanda '' sahaja perlu diisi oleh pemohon. Manakala, maklumat yang bertanda 'X' tidak perlu diisi oleh pemohon seperti jadual berikut:
      
BIL MAKLUMAT PROFIL PERSONEL PEMOHON
1. Pekerjaan dan Pengalaman
2. * Kursus Induksi / Induksi SLDN / Kursus Coach @ Trainer X
3. * Kursus Fasilitator Bertauliah X
4. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) termasuk VTO/E/M X
5. Maklumat Teknik Mengajar (kecuali sijil VTO/E/M)
6. Kelayakan Akademik
(termasuk kelayakan kemahiran selain SKM)
 

Maklumat bertanda ‘*’ masih dalam proses migrasi data  oleh pihak JPK

5. Sila pastikan maklumat pekerjaan dan pengalaman yang diisi adalah yang berkaitan dengan permohonan perakuan personel sahaja.

6. Seterusnya personel boleh membuat Permohonan Personel PB dengan melengkapkan maklumat permohonan dan mematuhi catatan berikut:

 

BIL

PERMOHONAN

CATATAN

1.

Jenis Permohonan

Pilih

  • Personel Baru
  • Pembaharuan
  • Tambah Jawatan
  • Tambah Program

2.

Jenis Perjawatan

Pilih

  • PPB
  • PPD
  • PP
  • PPB-SLDN
  • COACH
  • P-SLDN

3.

Kod & Nama PB

Pilih

  • Pusat Bertauliah (PB) terkini yang dilantik; atau
  • sekiranya permohonan perakuan tanpa PB, pilih kod ‘K00000

4.

Kod & Nama Program

Pilih

  • satu program NOSS sahaja untuk setiap permohonan; atau
  • sekiranya mohon sebagai PPB/ PPB-SLDN hanya satu program NOSS sahaja dibenarkan untuk dipilih.

5.

Muat Naik Dokumen

Muat Naik
Dokumen bukti yang diimbas dalam format PDF dan pastikan saiz tidak melebihi 3 MB

7.  Semua permohonan melalui SKKM dikehendaki mengemukakan dokumen bukti dengan memuat naik surat lantikan dan sijil-sijil atau salinan yang telah disahkan dalam format  PDF dengan saiz tidak melebihi 3MB bagi keseluruhan dokumen.

8.  Sila pastikan dokumen yang diimbas mempunyai paparan penuh dan lengkap serta boleh dilihat dengan jelas sebelum dimuat naik ke dalam permohonan perakuan personel melalui SKKM.


 

DOKUMEN PERMOHONAN PERSONEL PB


Bagi permohonan Personel Baru/ Pembaharuan/ Tambah Jawatan/ Tambah Program, berikut adalah senarai dokumen yang perlu dimuat naik bagi permohonan mengikut jenis jawatan yang dimohon:
 
BIL DOKUMEN SOKONGAN PERSONEL PB PPB PPD PP
1.  Kad Pengenalan
2.  Sijil Induksi PP-PPD-PPB
3.  SKM / DKM / DLKM / DPV / DLPV atau Kelayakan Kemahiran lain yang berkaitan  
4. SKM program VTO / VTE / VTM atau sijil teknik mengajar yang diluluskan Ketua Pengarah    
5.  Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan  
6.  Surat lantikan terkini & setuju terima lantikan terkini di PB
 
 
BIL DOKUMEN SOKONGAN PERSONEL PB SLDN PPB-SLDN COACH P-SLDN
1.  Kad Pengenalan / Kad Identiti
2.  Sijil Induksi SLDN
3.  Bukti pengalaman menyelia    
4.  Sijil Kursus  NDTS Coach Training Programme / Kursus NDTS Trainer Training Programme     
5.  Sijil-sijil SKM / DKM / DLKM atau kelayakan kemahiran berkaitan dengan bukti pengalaman mengajar kemahiran dalam program  berkaitan    
6.  Bukti pengalaman kerja dalam bidang kemahiran berkaitan    
7.  Surat lantikan terkini & setuju terima lantikan di PB
8.  Sijil pentauliahan program di PB berkaitan
 
 
 

PERMOHONAN PINDAH PB

Bagi permohonan Pindah PB, permohonan juga dibuat secara atas talian melalui SKKM dengan memilih jenis permohonan berikut:
 
i. Tambah Jawatan : Jika jawatan di PB lama tidak sama dengan jawatan di PB baru
ii. Tambah Program : Jika program NOSS di PB lama tidak sama dengan program NOSS di PB baru.
iii. Pembaharuan : Jika jawatan dan program di PB lama sama dengan di PB baru.


Dokumen yang dimuat naik bagi permohonan pindah PB adalah seperti berikut:

i. Surat berhenti di PB lama;
ii. Surat lantikan terkini dan setuju terima lantikan terkini di PB baru; dan
iii. Siji-sijil berkaitan yang sama dengan dokumen permohonan Personel Baru / Pembaharuan / Tambah Jawatan / Tambah Program

 

PINDAAN PROFIL

  • Pindaan Profil merupakan proses mengemaskini profil personel seperti maklumat pekerjaan, pengalaman, atau maklumat kelayakan selain Sijil Kemahiran Malaysia.

  • Personel boleh membuat pindaan profil di menu ‘Profil’ dalam sistem SKKM dengan klik ‘Tambah Maklumat’ yang hendak dikemaskini dan kemudian klik ‘Simpan’ selepas maklumat ditambah.

  • Sila pastikan maklumat pekerjaan dan pengalaman yang dikemaskini dalam profil adalah berkaitan dengan permohonan perakuan personel sahaja.

  • Personel juga boleh membuat pindaan profil dari masa ke masa walaupun tidak membuat sebarang ‘Permohonan Personel’.   

 

PERMOHONAN BATAL JAWATAN DAN BERHENTI KHIDMAT

Untuk urusan BATAL JAWATAN dan BERHENTI KHIDMAT permohonan adalah dibuat secara manual dengan mengemukakan perkara berikut:
 
i. Batal Jawatan Surat rasmi Memohon Pembatalan Jawatan Personel dan nyatakan alasan dan sebab pembatalan jawatan tersebut.
ii. Berhenti Khidmat Surat Tamat Perkhidmatan di PB atau surat rasmi Makluman Berhenti Berkhidmat di PB  dengan menyatakan sebab tidak lagi berkhidmat di PB tersebut.

Dokumen permohonan Batal Jawatan dan Berhenti Khidmat hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),
Program Kelayakan Kekompetenan (KK),
Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,
40900, Shah Alam, Selangor.
(u/p: Unit Perakuan Personel dan Pakar – UPP&P)
 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKKM

 
  1. Pemohon boleh semak status permohonan yang telah di ‘Hantar’ secara atas talian melalui SKKM di ruangan ‘Status Permohonan Perjawatan Personel’.

  2. Semakan terperinci status permohonan juga boleh dilihat pada ‘Slip Permohonan’

  3. Status permohonan yang memaparkan ‘Sedang Diproses’ menunjukkan permohonan tersebut masih menunggu keputusan Mesyuarat JKT II yang hanya diadakan sekali sahaja setiap bulan.

  4. Status permohonan yang memaparkan Lulus, Lulus Bersyarat atau Gagal menunjukkan hasil keputusan rasmi Mesyuarat JKT II telah dikeluarkan dan surat perakuan boleh dicetak secara terus melalui atas talian.

  5. Personel juga boleh menyemak rekod permohonan perakuan personel yang masih sah tempoh perakuan di ruangan ‘Perjawatan Personel Sedia Ada’.

  6. Untuk menyemak keseluruhan rekod perakuan personel masih belum lengkap sepenuhnya kerana proses migrasi data masih berjalan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN DAN PERTANYAAN PPKSPP

  1. Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan SKKM boleh e-mel ke helpdesk This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  2. Pertanyaan berkaitan dengan isu PPKSPP secara amnya boleh e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  3. Semakan status permohonan sebelum pelaksanaan SKKM masih boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Aplikasi eMaklumat Personel & Pakar di http://aplikasi.ciast.gov.my/emaklumat/index.php.