Saya merupakan graduan CIAST tahun 2004 dan mempunyai Diploma Pengajar Vokasional (DPV) di dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Saya telah mendapat makluman daripada pihak CIAST bahawa semua pelatih DPV perlu membuat PPT bagi melayakkan mereka untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) di pusat bertauliah. Persolannya, adakah pelatih yang mempunyai DPV sudah tidak setaraf dengan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)?
Sebelum ini semua pelatih DPV boleh mendapatkan DKM dengan memohon kepada pihak JPK dengan bayaran tertentu, tetapi sekarang ini, semua pelatih DPV perlu membuat PPT dengan bayaran RM 300 bagi setiap tahap